Membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri tanpa campur tangan suami mengajar Rita Rudaini erti kesabaran.
Malah, menerusi laman Instagram miliknya, pelakon versatil ini ada menitipkan pesan buat ibu tunggal di luar sana agar bersabar kerana di penghujungnya nanti, mungkin akan punya keindahan yang menanti.
Malah jelasnya lagi, apabila anak-anak kian menginjak dewasa, lebih banyak kenikmatan dan kesenangan yang diberikan Allah.
“Dah besaq depa…byk nikmat n kesenangan ALLAH bg…pd ibu2 tunggal yg anak2 masih kecik lg…kena sabar…kerana dr sabar itu ada indah yg menanti,” kongsinya ringkas.
Netizen turut terharu dengan pengorbanan pelakon itu dalam membesarkan dua anak lelakinya tanpa kehadiran bergelar suami di sisi.
Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto : Instagram Rita Rudaini