“Pada Jasad Yang Kaku, Ada Hati Yang Pilu,” – Kanak-Kanak Maut Disyaki Kes Dera, Fedtri Yahya Ucap Al-Fatihah Buat Anak Syurga

Share

Pengacara dan penulis lagu, Fedtri Yahya mengakui berasa amat sedih melihat nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai telah didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga menyebab mangsa meninggal dunia.

Menurut Fedtri, tidak semua ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik malah, ada juga diantara mereka yang sanggup bertindak kejam.

 “Tidak semua ibu adalah ibu, tidak semua bapa adalah bapa. Dalam hidup ini, kasih sayang tak boleh dipaksa. Namun bukan alasan untuk bertindak kejam,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu memerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fedtri turut berharap agar sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan terkutuk itu akan mendapat hukuman yang setimpal.

“Pada jasad yang kaku, ada hati yang pilu. Pada jasad yang terseksa, ada hisab yang menghitung dosa. Al Fatihah buat anak syurga, Amir,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan marah selain turut mendoakan semoga anak kecil tersebut ditempatkan bersama orang beriman.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air rumahnya nemun siasatan awal pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Terdahulu, pasangan suami isteri tersebut telah direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sumber: Instagram Fedtri Yahy

Published by
Aizam Manaf