“Pada Mulanya, 9 Dari 10 Lagu Diharamkan…,” – Norman Abdul Halim Dedah Cerita Fasal Album Debut KRU, 27 Tahun Dulu

Share
Awal semalam, Datuk Norman Abdul Halim ada mengimbau memori peminat apabila memuat naik cover album debut kumpulan KRU, Canggih yang dilancarkan kira-kira 27 tahun lalu.
Berkongsi menerusi entri terkini di Instagram, Norman, 49, di ruangan kapsyen turut mendedahkan kisah menarik di balik album pertama trio adik-beradik itu.
“Album pertama KRU 27 tahun lalu. Pada mulanya, 9 dari 10 lagu dari album ini diharamkan di radio.
”Hanya lagu “Sekali Lagi (Gadisku)” yang mendapat kelulusan pihak RTM. Ketika itu ERA atau Hot FM tidak wujud lagi. Hanya ada radio RTM.
”Walaubagaimanapun video muzik lagu “2020” mendapat siaran meluas TV1 & TV2. Hit single “Hanya Kau” & “Cherrina” juga mendapat tempat selepas KRU membuat sedikit perubahan kepada lirik lagu.
”Album “Canggih” boleh didapati di www.kru2u.com @kru2u.originals,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat terkenang kisah lalu dan ada yang turut berkongsi perihal pengalaman masing-masing yang meminat KRU sedari awal.
Foto: Instagram Norman Abdul Halim
Published by
MH