Selepas lebih dua tahun ibu dan bapanya berpisah, penyanyi Ismail Izzani, 24, mengakui ia bukanlah suatu perubahan hidup yang mudah baginya dirinya.
Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, dia menyayangi kedua ibu dan bapanya dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka meskipun tidak lagi tinggal sebumbung.
“Bagi saya, ia benda yang agak berat juga sebab saya sendiri sudah berjanji pada diri saya untuk berkongsi mengenai perkara itu. Tapi saya sayang kedua ibu bapa saya, saya sayangkan mama saya terutamanya.
“Pada penghujungnya, keputusan di tangan mereka. Jadi bagi saya selagi mama gembira dan selamat, saya sokong dan mungkin selepas ini dia boleh buat lebih banyak benda yang dia nak buat.
“Jadi ia baik-baik saja bagi saya. Sedih itu sedih sebab sudah tentu saya rindu ‘vibe’ raya itu bagaimana. Jujurnya perubahan yang berlaku itu agak berat tapi, sebagai seorang yang sudah dewasa, saya kena terima,” katanya.
Ismail Izzani ketika ditemui pada majlis Iman Fan Sign di Undefeated, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Ibunya yang juga penyanyi 1980-an, Datin Suliza Salam mengahwini ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin, yang juga seorang penerbit filem pada 11 Januari 1991.
Bagaimanapun pasangan ini tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Dalam pada itu, dia akui cuba mengelak dari terlalu emosional memandangkan dia satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga.
“Saya tak boleh emosional sebab saya kena sokong mama dan kakak saya pada masa sama sebab saya adalah seorang lelaki dalam keluarga dan selepas perpisahan terjadi, saya bertanggungjawab untuk memastikan mama dan kakak saya okay.
“Saya sekarang pun duduk dekat dengan rumah mama, tak jauh hanya enam minit saja jarak. Saya terpaksa duduk sendiri sebab saya kena ada studio di rumah, jadi kasihan pada mama kalau dia duduk sekali nanti. Takut bising nanti dia tak boleh tidur,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail yang baru sahaja muncul dengan baharu, Iman turut mengisi masa bersama para peminat setianya.
Berkongsi mengenqi lagu itu, Iman yang disifatkan sebagai lagu yang cukup besar maknanya secara peribadi.
Berkongsi mengenai maksud dan mesej lagu ini, Ismail berkata lagu tersebut berkisarkan mengenai
wanita bernama Iman.
“Sebenarnya lagu Iman ini hadiah dari Joe Flizzow selepas saya menyertai Def Jam dan nama Iman datangnya dari Joe sendiri. Jadi Iman itu idea dari pasukan yang menghasilkan lagu ini, bukannya idea peribadi saya.
“Tapi lagu ini berkait dengan saya, kerana lagu ini ada makna tersirat dan bergantung kepada pendengar bagaimana mereka mahu menerima mesejnya. Saya percaya ramai orang boleh mengaitkannya dengan pengalaman mereka sendiri.
“Kita semua pernah mengalami masa ketika kita sangat mencintai seseorang dan ingin memperbaiki diri daripada kesilapan lalu,” katanya.
Lirik Iman ditulis oleh Joe Flizzow dan komposer lagu tersebut ialah Joe Flizzow, SonaOne, Alexander Oghenetejiri Anidi dan DeeKid.
Kini ditandatangani di bawah Def Jam Malaysia, Ismail juga makin galak mengumpul bahan karya-karya terbaik untuk dilancarkan kelak.
“Pengalaman merakamnya sangat seronok. Joe Flizzow dan SonaOne juga membimbing saya dalam banyak aspek. Saya boleh katakan lagu ini adalah antara karya paling mencabar yang pernah saya ada.
“Sebenarnya ada banyak lagu yang saya hendak keluarkan pada masa akan datang. Tapi tunggu dulu sebab saya masih mahu terokai jenis muzik seperti genre dalam lagu Iman atau genre lain di luar sana,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan K-Clique bakal melancarkan buku biografi sendiri tidak lama lagi yang berkisarkan mengenai perjalanan kesemua anggotanya dari awal penglibatan dunia seni sehingga kini.
Perkara tersebut dikongsikan dua anggotanya, MK dan Tuju ketika hadir meraikan pembukaan rasmi Atsky Dine Chill And Event di Damansara, baru-baru ini.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan menjelaskan, buku biografi yang berjudul Merais itu berkisar mengenai perjalanan hidup mereka.
“Buku tersebut sudah pun berada dalam fasa terakhir penerbitan. Tunggu masa untuk lancarkan sahaja.
“Jujurnya untuk tahun ini, kami sebenarnya sudah pun mempunyai beberapa projek istimewa.
“Bagaimanapun, Allah SWT turunkan dugaan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.
“Kami reda dan perlu susun balik setiap perancangan terdahulu,” katanya.
Mengambil judul sama seperti single terkini mereka, Tuju menambah, idea menerbitkan buku tersebut sebagai penghargaan selain mendekatkan lagi kumpulan tersebut dengan peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan.
“Insya-Allah dalam tempoh beberapa bulan ini, kalau ada rezeki kami akan lancarkan buku tersebut.
“Tajuknya sama seperti single baru kami iaitu Merais. Secara umumnya, buku ini menjelaskan tentang bagaimana kami bermula dalam bidang muzik,” katanya.
“Ramai yang ingin tahu mengenai K-Clique, macam mana kami boleh bertemu hingga tertubuhnya sebuah kumpulan dan sebagainya.
“Kami sendiri yang tulis dan ia disunting serta diperkemaskan oleh editor yang dilantik.
“Dalam buku tersebut, setiap ahli kumpulan ada akan ada bahagiannya sendiri.
“Ya… 100 peratus jujur daripada kami. Biarlah pembaca kenal kami ni siapa. Memang teruja untuk melancarkan buku berkenaan.
“Harap ia boleh jadi inspirasi kepada semua juga.
“Meski kami pun bukanlah siapa-siapa, akan tetapi kami berharap kalau ada yang ingin tahu mengenai kami lebih baik, boleh milikinya apabila ia menjengah pasaran kelak,” akhiri MK.
“Saya memang berminat untuk ceburi bisnes Food & Baverage (F&B) dan teringin untuk miliki kedai di atas bumbung. Menikmati hidangan sambil diiringi persembahan busking.
“Jadi bila terjumpa lokasi ini, ia ada konsep yang saya inginkan. Perancangan untuk jalankan operasi Atsky bermula sejak tahun lalu dan alhamdulillah ia dipermudahkan,” jelasnya.
Ali Ikhwan turut menjelaskan, menu hidangan di Atsky juga terdiri daripada menu tempatan dan antarabangsa selain ia boleh memuatkan kapasiti kira-kira 500 pengunjung pada satu-satu masa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu pada hujung Februari lalu, Fazeera membuat pendedahan mengenai kehamilan selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dalam laman sosial.
Menerusi satu perkongsian video berkenaan, Fazeera dilihat memberikan kejutan alat ujian kehamilan bertanda dua atau membawa maksud positif kepada Fizo.
Fizo yang juga finalis Hero Remaja sezaman Kamal Adli mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari itu pada 21 Oktober, tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercerai pada Julai 2019.
Mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini mencecah usia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Elvina Mohamad berkongsi situasi mengejutkan ketika dia berada dalam sesi IG Live bersama dua rakannya yang lain pada Jumaat, di Instagram.
Menurut Elvina, hal tersebut berlaku apabila salah seorang rakan yang dikenali sebagai Zawa menekan akses membenarkan salah seorang rakan mereka untuk turut sama berada dalam sesi tersebut.
Bagaimanapun, tiba-tiba muncul individu lain yang tidak bertanggungjawab yang secara spontan menunjukkan hal tidak sepatutnya.
“Pada yg tanya apa yang terjadi tadi, so cerita dia mcm ni, one of my friends ajak El live, saja nak lepas rindu sebab dah lama tak jumpa. Maklum la kan during pandemic ni, social media tempat kita nak lepas rindu, stay connected with everyone.
“Unfortunately for us, lain pulak yg jadinya! One of our friends comment minta nak join live jadi Zawa pun accept request dari dia.
“Tak sangka yg masuk adalah org lain, individu yang tak bertanggungjawab yang hack live kami dengan menunjuk kan A** dia!,” tulis Elvina.
Bintang drama Takdir Yang Tertulis ini turut terkejut dengan apa ysng terjadi dan meminta ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan sesi sama di Instagram.
“Ya Allah masih terkejut dengan apa yang terjadi tadi. Jadi kepada sesiapa yang rajin buat live lately ni please beware and becareful, sbb El dpt info ini bukan kali pertama individu tersebut hack live orang.
“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, social media ni bukan tempat utk melepaskan nafsu ya, please la stop buat benda tak senonoh tu!! Engkauuu dah kenapa!! Dah gila S** sangat ke pun! Geram pulak kita!!,” tulisnya.
Elvin turut berkongsi sedutan insiden yang dimaksudkan dan sehingga kini ia sudah pun menerima hampir 300,000 tontonan.
“Ok lah El nak tenangkan diri jap yang masih terkejut ni. Nak pergi sanitize mata dengan Dettol. Sebab dah tertengok *** yang ***** tadi! Adoiii laaa! Nightmare & TRAUMA!
“Kalau korang perasan expression El dengan Bella lambat sbb connection slow. Yang kelakar dua-dua muka excited ingat kan our friend skli APOOO!,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis yang sama terkejut turut meminta supaya Elvina serta pengguna Instagram lain agar lebih berhati-hati selepas ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!