Selepas lebih dua tahun ibu dan bapanya berpisah, penyanyi Ismail Izzani, 24, mengakui ia bukanlah suatu perubahan hidup yang mudah baginya dirinya.
Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, dia menyayangi kedua ibu dan bapanya dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka meskipun tidak lagi tinggal sebumbung.
“Bagi saya, ia benda yang agak berat juga sebab saya sendiri sudah berjanji pada diri saya untuk berkongsi mengenai perkara itu. Tapi saya sayang kedua ibu bapa saya, saya sayangkan mama saya terutamanya.
“Pada penghujungnya, keputusan di tangan mereka. Jadi bagi saya selagi mama gembira dan selamat, saya sokong dan mungkin selepas ini dia boleh buat lebih banyak benda yang dia nak buat.
“Jadi ia baik-baik saja bagi saya. Sedih itu sedih sebab sudah tentu saya rindu ‘vibe’ raya itu bagaimana. Jujurnya perubahan yang berlaku itu agak berat tapi, sebagai seorang yang sudah dewasa, saya kena terima,” katanya.
Ismail Izzani ketika ditemui pada majlis Iman Fan Sign di Undefeated, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Ibunya yang juga penyanyi 1980-an, Datin Suliza Salam mengahwini ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin, yang juga seorang penerbit filem pada 11 Januari 1991.
Bagaimanapun pasangan ini tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.
Dalam pada itu, dia akui cuba mengelak dari terlalu emosional memandangkan dia satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga.
“Saya tak boleh emosional sebab saya kena sokong mama dan kakak saya pada masa sama sebab saya adalah seorang lelaki dalam keluarga dan selepas perpisahan terjadi, saya bertanggungjawab untuk memastikan mama dan kakak saya okay.
“Saya sekarang pun duduk dekat dengan rumah mama, tak jauh hanya enam minit saja jarak. Saya terpaksa duduk sendiri sebab saya kena ada studio di rumah, jadi kasihan pada mama kalau dia duduk sekali nanti. Takut bising nanti dia tak boleh tidur,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail yang baru sahaja muncul dengan baharu, Iman turut mengisi masa bersama para peminat setianya.
Berkongsi mengenqi lagu itu, Iman yang disifatkan sebagai lagu yang cukup besar maknanya secara peribadi.
Berkongsi mengenai maksud dan mesej lagu ini, Ismail berkata lagu tersebut berkisarkan mengenai
wanita bernama Iman.
“Sebenarnya lagu Iman ini hadiah dari Joe Flizzow selepas saya menyertai Def Jam dan nama Iman datangnya dari Joe sendiri. Jadi Iman itu idea dari pasukan yang menghasilkan lagu ini, bukannya idea peribadi saya.
“Tapi lagu ini berkait dengan saya, kerana lagu ini ada makna tersirat dan bergantung kepada pendengar bagaimana mereka mahu menerima mesejnya. Saya percaya ramai orang boleh mengaitkannya dengan pengalaman mereka sendiri.
“Kita semua pernah mengalami masa ketika kita sangat mencintai seseorang dan ingin memperbaiki diri daripada kesilapan lalu,” katanya.
Lirik Iman ditulis oleh Joe Flizzow dan komposer lagu tersebut ialah Joe Flizzow, SonaOne, Alexander Oghenetejiri Anidi dan DeeKid.
Kini ditandatangani di bawah Def Jam Malaysia, Ismail juga makin galak mengumpul bahan karya-karya terbaik untuk dilancarkan kelak.
“Pengalaman merakamnya sangat seronok. Joe Flizzow dan SonaOne juga membimbing saya dalam banyak aspek. Saya boleh katakan lagu ini adalah antara karya paling mencabar yang pernah saya ada.
“Sebenarnya ada banyak lagu yang saya hendak keluarkan pada masa akan datang. Tapi tunggu dulu sebab saya masih mahu terokai jenis muzik seperti genre dalam lagu Iman atau genre lain di luar sana,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini