Issey Fazlisham memuat naik potret bersama ibunya, Allahyarhamah Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Julai 2019 bersempena sambutan Syawal dan Hari Ibu.
Menurut Issey, foto berkenaan yang dikongsikan di Instagram merupakan gambar terakhir arwah ibu yang diambil tiga tahun lalu.
“Hari Raya dan Hari Ibu. Ini gambar raya terakhir Ma tahun 2019. Masa ingat lagi, Ma nak sangat pergi ziarah rumah saudara mara dia.
“Sedangkan masa tu dia dah uzur. Kami anak anak pun pelik. Rupanya beberapa bulan selema tu Ma pergi. Itulah raya terakhir dia.
“Pada sek demo yang masih ada ibu, hargai ibu dan luangkan masa dengan selalu dengan ibu anda deh. Selamat Hari Ibu,” pesan Issey.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/kwCxDn1XjM4
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perkara Ini Sudah Dibawa Ke Mahkamah…,” – Benarkan Ibu Pandu Kereta Tanpa LKM & Insurans, Nabila Razali Mohon Maaf
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil membuat permohonan maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.
Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, pada Isnin.
Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan lagi isu ini dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.
“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS),” katanya dalam satu kenyataan media.
Pada masa sama, pelakon drama Bawah Payung Awan ini turut berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak.
“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.
Mengikut dua pertuduhan, Nur Nabila sebagai pemilik berdaftar sebuah kereta, didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya dengan LKM tamat tempoh pada 29 September 2023 dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 9 Januari 2024, kira-kira jam 11.50 pagi di Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini.
Sementara itu, ibunya pula didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai pemandu didapati menggunakan kenderaan berkenaan dengan LKM tamat tempoh dan tanpa perlindungan insurans pihak ketiga pada masa, tarikh dan di tempat sama.
Mereka didakwa melakukan kesalahan Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan tiada insurans pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 90(1) APJ 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 90(2) akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ia Merupakan Saat Paling Sedih,” – Selepas 26 Tahun, Valentino Rossi Umum Bersara MotoGP
Lagenda MotoGP, Valentino Rossi, mengumumkan dirinya bakal bersara daripada sukan permotoran itu pada penghujung musim ini.
Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mengesahkan ini musim terakhirnya beraksi di Grand Prix Austria, tempat di mana pelumba kelahiran Itali itu meraih podium pertamanya pada tahun 1996.
“Ia merupakan saat yang paling sedih. Sukar untuk mengetahui tahun depan, saya tidak akan lagi berlumba dengan motosikal.
“Ia merupakan perjalanan yang cukup panjang dan telah dinikmati dengan cukup baik. Tahun depan, kehidupan saya akan berubah.
“Ia merupakan keputusan yang sukar tetapi mana-mana sukan juga akan memalui situasi seperti ini, jadi saya berasakan ini adalah keputusan yang terbaik. Tiada apa yang boleh saya merungut mengenai karier saya,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rossi atau lebih popular dengan jolokan The Doctor itu menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Instagram MotoGP.
Sekadar informasi, Rossi memulakan kariernya pada tahun 1996 bersama pasukan Aprilia menerusi kelas 125cc.
Memetik laporan Berita Harian, Rossi kemudiannya memenangi gelaran pada musim berikutnya sebelum menyertai kelas 250cc dan memenangi gelaran dunia bersama Aprilia pada 1999.
Di kelas tertinggi pula, Rossi muncul naib juara pada musim pertama pada 2000 sebelum menang gelaran dunia dalam format terakhir 500cc setahun kemudian bersama Honda.
Dia menang enam lagi gelaran bersama kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 iaitu gelaran pertama bersama Honda dan selebihnya bersama Yamaha.
Musim lalu, dia menamatkan saingan di tempat ke-15, sesuatu tidak dijangka daripada seorang pelumba yang tidak pernah terkeluar daripada kedudukan ke-10 dalam semua peringkat perlumbaan sejak kemunculan pertama pada 1996.
Musim 2021 adalah peluang terakhir buat Rossi merubah nasibnya dengan pasukan Yamaha-SRT, tetapi selepas sembilan perlumbaan, dia sekadar menduduki tempat ke-19.
Sumber: Instagram MotoGP, Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Di Kek Lapiskannya Kita Ye,” – Bila Kek Lapis Pakai Nama Artis, Neelofa Pun Ada Dan Ini Reaksinya
Terliur sungguh bila tatap deretan gambar kek lapis yang dikongsi Neelofa di laman Twitter miliknya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila setiap kek lapis punya nama selebriti popular tanah air.
Memberi reaksi lucu berikutan namanya turut terpalit sama, tulisan Lofa telah dikicau lebih 2000 kali oleh netizen.
“Di kek lapis kan nya kita ye. Semoga rezeki dimurahkan sepanjang Ramadan ini,” tulisnya menerusi laman Twitter.
Di kek lapis kan nya kita ye ? Semoga rezeki dimurahkan sepanjang Ramadan ini ❤️❤️❤️ https://t.co/YB8r97MU3O
— Neelofa (@Neelofa) May 6, 2019
Lalu, ramai memuji tindakan pengacara popular dan usahawan ini kerana tidak melatah apabila namanya digunakan tanpa kebenaran.
Malah perkongsian di Twitter secara tidak langsung telah memberikan promosi secara percuma kepada usahawan terbabit.
Malah ada yang mempersoalkan, apa agaknya rasa kek lapis Neelofa tu ya?
Neelofa sebelum ini menerusi MH turut mendedahkan dia ada menghubungi insan yang pernah melukakan hatinya untuk menjernihkan keadaan.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto : Twitter Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI