Pengacara terkenal, Fedtri Yahya menitipkan ucapan penuh makna buat isteri tercinta, Nur Anati Ismail bersempena genap ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Menurut Fedtri, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan pasangan hidup yang telah banyak berkorban serta sentiasa ada bersamanya dikala susah dan senang.
View this post on Instagram
“Pejam celik. Alhamdulillah. 12 tahun. 28 Mei hadir lagi. Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana pertemuan dan ikatan ini. Syukur kerana mengurniakan seorang bidadari yang sentiasa ada di sisi kala susah dan senang.
“Syukur atas kurniaan cahaya mata yang menceriakan hidup. Syukur atas segala nikmat dan rezeki. Tak terbalas jasa dan pengorbanan bidadari cinta yang berbuat apa saja demi kebajikan keluarga,” tulisnya.
Nukilan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menurut Fedtri lagi, dia tidak mampu untuk membalas setiap jasa isterinya itu sebaliknya hanya berharap Allah memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
“Pada tubuhnya yang sederhana, tersimpan kekuatan dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah saja mengetahui. Moga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat bidadari cintaku.
“Tiada hadiah yang selayaknya di atas muka bumi ini untuk diberikan. Hanya Engkau selayaknya memberi pahala dan kebaikan. Moga Allah lindungi kita semua selalu selamanya. Amin ya Allah.
“Allah Maha Baik. Semuanya indah.
Maha Cinta. Kita menumpang di bawah teduhan kasih-Nya,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersebut membaca nukilan tersebut selain turut mendoakan semoga Fedtri sekeluarga akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga rumah tangga sentiasa diberkahi sakinah mawaddah warahmah.
“Happy anniversary. Semoga yang indah-indah terus bersama abang dan keluarga. Sampai syurga.
“Moga terus dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya sehingga syurga.
“Alhamdulillah, tahniah. Didoakan semoga kalian berbahagia hingga ke syurga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Fedtri dan Nurul Anati telah berkahwin pada Mei 2011 dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI