“Pada Umur 18 tahun, Saya Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi,” – 16 Tahun Dalam Seni Tak Pernah Fasha Lewat ‘Call Time’

Share

Lebih 16 tahun terlibat dalam seni, aktres Fasha Sandha sinonim dengan disiplinnya yang tinggi dalam dalam setiap komitmen yang diberikan, selain bijak menguruskan masanya dengan baik.

Malah tidak dinafikan, hal tersebut menjadikan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, sebagai antara bintang gred A yang masih relevan dan disayangi sehingga ke hari ini.

Berkongsi soal pengurusan masanya, ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana setakat ini, dia tidak pernah terlewat tiba ke set penggambaran atau sebarang komitmen kerja.

Tidah mahu menyusahkan mana-mana pihak produksi, Fasha percaya itu antara rahsia dia disenangi karyawan lainnya.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang 16 tahun dalam kerjaya. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.

“Pada umur 18 tahun tu, saya sudah mula kerja jam 4,5 pagi. Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta yang juga pengguna setia produk kesihatan Gebu Glow di ibu kota, pada Isnin.

Menurut Fasha, dia juga turut berkongsi perkara tersebut kepada adiknya, Elisya Sandha.

“Saya selalu nasihatkan adik saya supaya sentiasa menjaga disiplin sebab kalau apa-apa berlaku, nama saya juga yang akan turut terjejas sama.

“Saya juga tegaskan kepada Elisya supaya tidak berlagak diva di set penggambaran dan sentiasa baik dengan kru. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah mereka makan.

“Hal ini bukan sahaja memudahkan kerja, malah ia merupakan resipi untuk disenangi oleh orang di sekeliling,” katanya lagi.

Bersama Gebu Glow, Fasha mengakui dia tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima sesebuah tawaran membuat ulasan produk.

“Macam jodoh saya dengan produk vitamin C ini pun bermula ketika menjayakan kempen tiga bulan sejak Oktober tahun lalu untuk mencuba dan merasai keberkesanannya.

“Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya,” katanya.

Malah Fasha juga tersentuh melihat kegigihan pengasas produk berkenaan yang sama-sama ikhtiar mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya untuk saling menjana pendapatan sebagai agen mereka.

“Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.

“Pengasas Gebu Glow ingin bantu golongan itu bangkit dan berjaya. Saya menyokong seratus peratus aspirasi dan semangat murni itu. Modal nak jadi agen pun semurah RM299.

“Istimewanya dihadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.

“Hanya 25,000 kotak saja dikeluarkan. Satu kotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss,” katanya lagi.

Gebu Glow diasaskan oleh Maizatulnazwa Mohd Zulkifli atau mesra disapa Wawa, 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH