Hiburan

“Pada Usia 1 Tahun 10 Bulan,” – Bilal Bijak Kenal Huruf Arab & Pandai Baca Surah Pendek, Neelofa Syukur Bangga

Share

Selebriti terkenal, Neelofa teruja dengan perkembangan positif anak sulungnya, Muhammad Bilal yang hampir berusia dua tahun.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, Bilal kini sudah boleh mengenal huruf-huruf Arab dan boleh membaca Al-Fatihah selain beberapa surah pendek.

“Sebagai ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana entah bila bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf arab).

“Konten-konten memang saya akan kaji dan pilih untuk dia tengok. Pada usia setahun 10 bulan, masyaAllah, dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal ABC huruf kecil dan besar, Al-Fatihah, selawat, alif hingga ya dan surah-surah pendek yang lain,” kongsinya.

Perasaan teruja itu dikongsikan bekas pengacara program MelTop itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, hari ini.

Jelas Neelofa lagi, perkara seperti ini sememangnya tidak mustahil sekiranya para ibu bapa menitikberatkan tentang konten-konten yang ditonton oleh anak-anak sejak usia bayi.

“Perkara penting di sini, memang penat mak ayah nak kawal semua benda tapi bab masa di skrin dan konten memang berbaloi untuk dikawal dan rasa penat,” kongsinya.

Pada masa, Neelofa turut menitipkan doa semua semua anak-anak membesar dalam keadaan yang baik dan diredai Allah.

“Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz pada tanggal 27 Mac 2021.

Selain Bilal, kehidupan pasangan ini diserikan dengan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa

Published by
Aizam Manaf