Pada Usia 56 Tahun, Noorshila Amin Bakal Timang Cucu Sulung!

Share

Penyanyi senior, Noorshila Amin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di Instagram.

Maklum Noorshila, anaknya kini sedang hamil anak pertama.

Bukan itu sahaja, Noorshila turut berasa teruja kerana bakal menimang cucu sulung yang dijangka bakal dilahirkan pada penghujung tahun ini.

“Assalamualaikum Kesayangan Mama Shila.. Salam berhujung minggu buat semua.

”Berita gembira mama nak share dgn semua. Tu gmbr scan cucu sulong mama.

“Bakal di lahirkan pd hujung tahun ni. Mama mmg teruja sgt.

“Almaklum cucu pertama dlm family mama sendiri..tp yg sedih nya..dorang skrg di Brunei ..& akn melahirkan di Sana.

“Dah sah2 mama xdpt kesana…kan. Huwaaaaaa…Tp dgn rendah hati mama mohon Kesayangan Mama mendoakan kesejahteraan kedua ank & cucu mama.

“Semoga ke 2 ank & cucu mama di pelihara Allah SWT..Aamiin Ya Rabbal Alamin. M

ama dahului JUTAAN terimakasih,” tulisnya.

Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi lagu pertamanya yang berjudul Kad Ucapanmu.

Gambar: Instagram Noorshila Amin

Published by
Nazar Rafiqhi