Terdahulu, kecoh di laman media sosial mengenai tindakan bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia yang didakwa membela dan mengurung seekor anak beruang matahari di kediamannya.
Ia difahamkan berlaku sekitar Jun tahun lalu.
Menurut Berita Harian Online, Zarith atau nama sebenarnya Zarith Sofia Md Yasin telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM27,000 oleh Makhamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Rabu selepas mengaku bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula oleh Hakim.
Difahamkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak amaun yang tersebut bagi kesalahan menyimpan manakala RM7,000 atas tuduhan mengurung haiwan berkenaan.
Selain itu, pihak mahkamah turut memerintahkan Sofia menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.
Imbas kembali, wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 8.00 malam selepas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di kediamannya di Kuala Lumpur.
Foto: Berita Harian Online, Instagram Zarith Sofia