“Padahal Duduk Rumah Je,” – Aeril Zafrel Positif Covid-19 Kali Kedua

Share

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan dia sekali lagi positif Covid-19.

Suami kepada pelakon Wawa Zainal berkongsi perkara tersebut bersama pengikut di akaun Instagram miliknya.


Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, dia berasa keliru bagaimana dia kembali dijangkiti wabak berkenaan meski kekal duduk di rumah selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh pihak kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Hmmm positiv covid lagi. Tahun ni je dah 2 kali kena. Padahal duduk rumah je. Ada yg mcmni? Duduk rumah pun positif?,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan bapa kepada tiga cahaya mata ini kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Sebelum ini, pelakon tampan itu disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di sebuah klinik swasta pada 20 Januari lalu.

Selepas itu Aeril telah bebas daripada jangkitan wabak terbabit pada 29 Januari setelah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari.

Foto: Instagram Aeril Zafrel

Published by
Nazar Rafiqhi