Aktres, Nora Danish berkongsi khabar duka apabila memaklumkan dirinya kini didapati positif Covid-19.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Nora menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Menurut Nora, dia telah pun melakukan ujian saringan Covid-19 pada Sabtu selepas dimaklumkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki dijangkiti virus yang sama.
View this post on Instagram
“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positive Covid-19 harini 9 Mei 2021.
“Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.
“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ade sebarang symptoms,” tulisnya.
Ibu kepada dua orang anak ini turut menambah, dia kini harus menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari bagi memastikan tiada ahli keluarganya yang turut dijangkiti wabak merbahaya itu.
Dalam pada itu, Nora turut menyeru kepada sesiapa yang ada berjumpa dengan beberapa hari ini untuk turut sama melakukan ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga.
“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tghri tadi dan doakan untuk kami semua ye 🙏🏼
“Pagi ini sepatutnya Nora ada
appointment untuk divaksin di UKM, Bangi. Tapi dinasihatkan kuarantin dulu. Insha’Allah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.
“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4hb – 8hb Mei, pls do your swab test ya. Stay safe dan jaga SOP. Maafkan saya,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa terkejut selain turut menitipkan doa semoga Nora akan pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI