Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa sayu dan sedih setelah setahun tidak menjejakkan kaki di tanah suci Mekah.

Kongsi Mila, kali terakhir dirinya berada di Mekah, ketika menunaikan ibadah umrah pada Januari tahun lalu.

Lalu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut meluahkan rasa rindu ketenangan untuk berada di Mekah dan berharap penularan wabak Covid-19 ini segera berakhir.

“Allah andai COVID ini disebabkan dosa dosa kami yang banyak AMPUNILAH kami yang Allah…

“Pagi ini TAK DAPAT BENDUNG AIR MATA…
Selepas subuh, baca Al-Quran dan hati teringat ingat KETENANGAN di MAKKAH dan MADINAH…Ya Allah, kami RINDU….

Ads

“Video ini diambil January 2019…beberapa tahun lepas, setiap minggu ke-3 Januari saya dan keluarga terbang ke Jeddah…Tahun tahun sebelum nya, bila mula masuk DEC semua dah mula sibuk lakukan persiapan nak ke tanah suci…

“Tahun ini BERBEZA…Sangat berbeza, ramai sangat yang merindui Makkah…Ramai sangat yang menrindui Madinah…. Allah, lenyapkan lah COVID ini dari muka bumi mu…Kami RINDU nak ke rumah mu

“Saban tahun bila hari terakhir di Madinah, saya mesti akan cakap pada suami “TAHUN DEPAN JANUARY KITA DATANG LAGI”….Kita hanyalah hamba Allah yang KERDIL yang tak punya apa apa hak dalam merancang…

Ads

“Tahun 2020, Umrah terakhir pada JAN lepas, memang hati saya sangat BERAT tinggalkan Madinah….Tak tau nak cakap macam mana beratnya….Rupanya, Allah nak uji kita semua…

“Moga Allah bagi keizinan buat kita untuk menjejakkan lagi kaki ke MAKKAH dan MADINAH…Moga Allah izinkan kita bawa mak ayah dan anak anak kita kesana

Ads

“Insya Allah, @bizmillatravel pun tak sabar nak bawa jemaah…tapi kami memilih untuk membiarkan keadaan benar benar selamat…

“Sekarang ni, perniagaan dalam industri travel sangat tenat…kami di Bizmilla Travel sekarang pun tukar bidang, melakukan perkhidmatan AKIKAH di MAKKAH RM499 untuk seekor kambing…Insya Allah jika ada ibu bapa yang belum AKIKAH untuk anak, boleh buat di MAKKAH…1 Kenangan indah buat anak kita Insya Allah…,” tulisnya panjang lebar.

“Pagi Ini Tak Dapat Bendung Air Mata,” – Teringat Ketenangan Di Mekah, Mila Jirin Luah Rasa Sedih & Sebak

Foto: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI