Awal pagi ini, penyanyi Aiman Tino memaklumkan salah seorang peminat ciliknya, Muhamad Ikhwan Md Razali yang menghidap penyakit Juvenile Idiopathic Arthritis atau radang sendi telah pun meninggal dunia.
Perkhabaran dukacita itu disampaikan bintang berusia 21 tahun terbabit menerusi Instagram.
“InnaLillahiwainnailaihirajiun, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Pagi ni Aiman Dapat berita yang Adik Ikhwan Telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.
“Tuhan lebih menyayangi awak Adik. Tenang lah awak disana. Takziah buat Keluarga Adik Ikhwan. Kepada Kawan2 , minta jasa baik untuk sedekahkan al-fatihah,” pinta Aiman.
Terdahulu pada awal Mei lalu, penyanyi Kurela Dibenci ini ada berkongsi sekitar lawatannya ke Hospital Selayang iaitu tempat Allahyarham menerima rawatan menerusi IG TV.
Difahamkan, arwah yang meninggal dunia pada usia 9 tahun itu, menghidap penyakit berkenaan sejak 2014.
Bagaimanapun, status kesihatannya mulai kritikal pada 2016 dan menerima terpaksa menerima rawatan lanjut.
Salam takziah buat keluarga arwah, Al Fatihah…
Foto: Instagram Aiman Tino
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI