Penyanyi Min Yasmin memaklumkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, kompser Julfekar selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Kini usia kehamilannya memasuki minggu ke-17, Min Yasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
“Semalam Min ingat nak buat kejutan pada Bro Jul tentang berita kehamilan Min. Tapi pagi ni, bila pergi scan, kami berdua terkejut sesangat bila dapat tau rupanya kandungan dah 4 BULAN (17 minggu +).
“Terkebil-kebil dibuatnya bila doktor kata ‘Waaa besar dah baby u & now the bones is growing’ Masya-Allah. Apapun syukur yang teramat sangat atas rezeki yang tak ternilai ini.
Ads
“Terima Kasih semua atas doa dan sokongan tanpa henti selama ini,” tulisnya menerusi video pendek yang merakamkan foto ultrasound bayi yang dikandung.
Imbas kembali, Min yang turut aktif menyanyi di Filipina mendirikan rumah tangga dengan dengan Julfekar pada 5 April 2014 di Masjid Kota Damansara.
Ads
Hasil perkahwinan terdahulu, Julfekar mempunyai empat orang cahaya mata dan tujuh cucu hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah disahkan positif Covid-19 selepas mengalami gejala seperti demam dan sakit tekak, semalam.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Stories Instagram, pelakon Bawa Aku Ke Syurga ini mengakui dia akhirnya kecundang (positif Covid-19) selepas lebih dua tahun fasa pandemik melanda negara.
“Saya positif setelah lebih dua tahun bertarung (mengelak dari dijangkiti) dengan Covid-19. Walaupun sebenarnya kerja saya tak logik untuk saya tidak dijangkiti virus ini, tapi akhirnya kecundang jua.
“Semalam keadaan kesihatan saya masih okey. Namun, lewat malam saya mulai rasa demam, sejuk rasa. Lepas tu hidung mulai tersumbat.
“Doakan semoga saya cepat sembuh. Saya minta maaf kepada mana-mana yang ada berjumpa dengan saya,” katanya.
Terdahulu, dia disahkan positif virus berkenaan selepas melakukan ujian saringan RT-PCR (PCR) meski sebelum itu sudah melakukan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) dan keputusannya negatif.
Tambahnya lagi, dia bukan sengaja mahu mencipta kandungan di media sosialnya, sebaliknya dia lebih mengetahui keadaan badannya yang kurang sihat.
“Semalam ramai yang hantar mesej peribadi mengatakan kalau keputusan sudah negatif tak payahlah ‘kalut’ nak positif Covid-19.
“Sebenarnya saya bukan saja-saja nak cipta kandungan atau terhegeh-hegeh nak buat ujian RTK-Ag dan PCR untuk mengatakan saya positif. Sebab kita pasti lebih tahu soal badan kita, misalnya rasa tak sihat atau pelik.
“Lagipun saya bukannya jenis yang mudah jatuh sakit, jadi saya boleh agak (postifi Covid-19) itu sebab saya pergi buat ujian PCR semalam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Zara Zya mengakui berasa amat berbesar hati selepas melancarkan laman web Malaysia Perihatin di bawah pertubuhan Perihatin Tanpa Sepadan sebagai platform pelbagai guna untuk orang ramai melakukan segala aktiviti berkaitan kebajikan.
Jelas Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, platform sumbangan ini telah dilancarkan sejak dua minggu yang lalu dan merangkumi enam kategori sumbangan.
“Malaysia Prihatin ini merupakan satu platform berupa laman web yang saya ciptakan bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan sumbangan.
“Orang ramai juga boleh mengadakan pelbagai kempen kebajikan misalnya untuk misi kemanusiaan, dana perubatan bencana alam, pendidikan, keagamaan dan bantuan selebriti. Di sinilah platform untuk segala aktiviti kebajikan.
“Platform ini lebih telus dan orang ramai tidak perlukan lagi nombor akaun persendirian. Mereka hanya akan ingat malaysiaprihatin.com sahaja.
“Kelebihan platform ini, kami sertakan dengan resit dan tak perlukan invois. Di platform tersebut, sesiapa sahaja yang menyumbang, kita akan sediakan resit,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, platform ini dibina bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan sumabngan tanpa ada perasaan was-was.
“Platform ini sangat mesra pengguna dan saya mahu orang ramai menyumbang semudah di hujung jari sahaja.
“Kadang-kadang ada juga orang pertikaikan, kalau bantuan persendirian ini ke mana perginya? Masuk akaun sendiri ke? Akan ke saluran yang tepat ke? Platform ini memang legit malah turut mendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan artis.
“Mereka juga boleh mengadakan kempen mereka sendiri dan akan mendapat sokongan darikan pihak Malaysia Perihatin,” jelasnya lagi.
Zara berkata sedemikian sewaktu ditemui pada acara Selebriti Perihatin Bersama Rumah Bakti Al-Kausar yang diadakan di Wisma Jakel, Shah Alam pada Selasa.
Program pembelian baju raya dan majlis berbuka puasa itu turut dihadiri rakan selebriti seperti Jihan Muse, Fara Fauzana dan Shila Amzah.
Ketika di tanya mengenai individu-individu yang seolah-olah mempertikai usahanya, pelakon drama Zahirah ini menyifatkan dia mahu menjadi pendorong untuk orang lain terus melakukan perkara kebaikan.
“Ada juga yang pertikaikan, saya buat semua ini untuk menunjuk-nunjuk atau konten media sosial. Bila saya buat website mereka kata saya nak makan duit orang. Perkara tersebut sedikit sebanyak bagi kesan kepada saya.
“Saya tak tahu apa lagi manusia ni tak puas hati. Ada sahaja yang tak kena. Ada kala mereka tak faham, kebaikkan yang kita tunjuk ni adalah untuk mendorong orang lain untuk melakukan perkara sama.
“Saya tiada niat nak show off atau guna dana ini untuk kepentingan peribadi. Saya salurkan duit lagi adalah untuk tampung mana yang kurang,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafriel dan Wawa Zainal mengakui mereka saling menyokong di antara satu sama lain bukan sahaja dalam soal kerjaya, tetapi juga saat menantikan kehadiran ahli keluarga baru.
Malah Aeril turut akui setia menemani isteri setiap kali menyambut cahaya mata.
“Saya memang akan berada di bilik pembedahan temani isteri saat bersalin,” jelas Aeril.
“Sebab itu saya tak bagi dia shooting. Saya cakap dengan dia, saya tak kan beranak kalau dia tak ada di sisi. Mestilah nak dia teman,” seloroh Wawa pula.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaannya saat mengandungkan anak ketiga yang sudah pun dilahirkan pada 1 Disember lalu, Wawa menjelaskan dia bersyukur kerana diberikan kekuatan sepanjang kehamilan.
“Kandungan anak ketiga ni alhamdulillah. Saya dikuniakan kudrat yang kuat. Meski saya sudah sarat sebelum ini, akan tetapi saya masih mampu untuk bekerja, boleh ke sana ke sini.
“Malah saya pun terkejut dengan kekuatan yang ada. Mungkin disebabkan oleh semangat yang diberikan orang sekeliling membuatkan semunya berjalan dengan baik,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Wawa Zainal telah pun selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan.
Anak ketiga pasangan itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan turut mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aaron Phypers menafikan tuduhan penderaan fizikal terhadap isterinya, Denise Richards, dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas. Kes mereka kini masih dalam perbicaraan mahkamah.