Isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Shukri yang kini sedang hamil anak ketiga mendedahkan berat badannya kini bertambah.
Jelas Shuhada yang mesra disapa Shu, berat badannya kini hampir mencecah sehingga 50 kilogram.
“First time selepas beranak berat Shu tak pernah lagi capai berat 48-49 kilogram (kg).
“Pada tadi timbang 49kg, nikmat apa ni hehe,” tulisnya.
Perkongsian tersebut diluahkan Shu menerusi satu status yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Terdahulu, pendedahan Shu yang mengesahkan dirinya hamil 10 minggu mengejutkan ramai dan rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buatnya.
Berkongsi mengenai perkara tersebut di Instgaram, Shu mendapati dirinya kini sedang hamil 10 minggu dan berkongsi khabar terbabit ketika menghadiri prosiding di mahkamah, baru-baru ini.
Kemelut rumah tangganya bersama Hafidz mula diperkatakan ramai apabila dia mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini