Sejak bergelar ibu, pelakon Zahirah Macwilson nampaknya memperlahankan seketika rentaknya dalam dunia lakonan.
Sebaliknya, pelakon tinggi lampai berusia 27 itu lebih selesa memberikan fokus terhadap anaknya, Isaac Raees yang kini sudah menginjak usia 15 bulan.
Isteri Aiman Hakim Ridza ini juga gemar berkongsikan video kenangannya ketika membesar di Perth, Australia kepada pengikutnya di laman Instagram.
Terbaharu, Zahirah memuat naik satu video menunjukkan dirinya bergaya dengan baju kebaya beserta selendang dan beg tangan hitam untuk menghadiri ‘fancy dress party’ ketika dia bersekolah rendah.
“Kesemua kawan saya memakai kostum puteri Disney dan ibu saya suruh pakai baju kurung seperti Puteri Malaysia,” tulis Zahirah.
Menariknya, ramai netizen termasuk rakan selebriti memuji kecantikan dan kecomelan wajah Zahirah yang tidak pernah berubah sejak dari kecil.
“Ira comelnya,” tulis Daiyan Trisha.
“Awww so cute,” tulis Nadia Brian.
“Memang dari kecil dah cantik ekk.
“Kecil-kecil dah gorgeous la mommy ni,” tulis netizen.
Sebelum ini Zahirah juga pernah berkongsikan videonya bersama adik-adiknya sedang belajar mengaji ketika menetap di United Kingdom.
Anak kepada pelakon senior Zainol Macwilson itu juga pernah membesar di UK kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai anggota polis di sana pada era 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. Klik di sini.
Foto: Instagram Zahirah Macwilson