Pengarah terkenal, Michael Ang kurang bersetuju dengan cara segelintir pihak yang gemar merendah-rendahkan orang lain hanya kerana jenis kereta yang mereka gunakan.
Jelas Michael, fungsi setiap kereta tak kira mahal atau murah tetap sama iaitu untuk memudahkan urusan seharian kita untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
“Tak baik cakap kereta orang najis. Pada saya, kereta hanya untuk bawa aku ke point A ke point B. Asalkan ada radio dan penghawa dingin, dah okay,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan sendiri oleh pelakon filem, Polis Evo 3 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Kongsi Michael lagi, mereka yang bijak menguruskan kewangan akan lebih memilih untuk memiliki rumah terlebih dahulu daripada berhabis wang ringgit membeli kereta mewah.
“Yang mampu tu beli la kereta apa yang korang nak tapi jangan pakai kereta mahal-mahal yang memekak tapi rumah hanya sewa. Itu baru namanya manusia berotak najis,” ujarnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mengingatkan bahawa nikmat rezeki juga boleh hilang dalam sekelip mata andai kita bersikap bongkak.
“Apalah dia kata kalau dia nampak saya bawa kereta saga bumper berkarat.
“Sudahnya van jenazah juga.
Ads
“Sangat setuju sebab sekarang kebanyakkan yang jenis berlagak dengan kereta hebat mahal dan mahal tu tapi last-last, duduk rumah sewa sahaja.
“Masa berharta boleh lah hina-hina. Bila dah jatuh susah. Ingatlah kata-kata itu.
“Itu lah. Tak baik hina-hina ni. Jangan sampai Allah tarik balik nikmat yang kita ada,” antara komen-komen netizen.
Ads
Baru-baru ini, tular sepotong video yang memaparkan tindakan pempengaruh yang juga merupakan suami kepada pelakon, Fateen Afeefa, Alif Awang yang dikatakan melabelkan kereta bukan dalam kategori ‘supercar’ sebagai najis.
Bagaimanapun, Alif atau lebih mesra disapa Opai telah pun membuat permohonan maaf dan menyifatkan tindakkannya itu hanya sekadar gurauan terhadap rakan-rakan terdekatnya.
Video berkenaan bukan sahaja membangkitkan kemarahan netizen, malah turut meraih perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Zulin Aziz juga berkebolehan dalam menulis lagu.
Mana tidaknya, lagu baru yang dihasilkan berjudul Jadikan Aku Yang Halal, berduet dengan Iqa Nasra telah membuatkan ramai tersentuh dan mengalirkan air mata.
Selain mimik muka Zulin yang penuh dengan emosi, lirik dan penghayatan lagu hasil sepenuhnya Zulin sendiri pastinya telah menjentik hati penonton.
MV itu juga turut menampilkan Aeril Zafrel sebagai hero yang telah ditonton lebih 50,000 kali selepas dimuat naik jam 9 malam tadi.
Video: Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan pelawak, Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata.
Suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP.
“Bulan puasa ini sebenarnya lebih kepada anak-anak. Itu sahaja. Mereka nak makan apa, kita perlu sediakan. Untuk kita tu… apa pun okay, insyaAllah,” katanya.
Ditanya mengenai puasa dan Syawal yang bakal disambut tanpa isteri tersayang di sisi, Shuib reda dan menyifatkan setiap ujian dariNya itu pasti ada hikmahnya.
“Bila benda yang pertama kali, macam susah nak lalui. Mula-mula itu hari, birthday (pertama kali selepas pemergiaan isteri), lepas tu ulang tahun perkahwinan kami.
“Sekarang puasa nanti nak lalu raya… itulah dia. Kena lalu, kena hadap. Kita orang lelaki…ada naik, turun. Lepas tu ada masanya kita rasa diri ini kuat betul. Ada masa kita rasa selemah-lemahnya.
“Rasa tak ada apa, sebab itu kita punya soulmate dan sahabat baik. Tapi itulah bila Allah hantar ujian, Dia akan bantu. Pasti dan pasti. Perkara itu boleh nampak pada anak-anak. Mereka punya kekuatan itu luar biasa,” katanya lagi
Menerusi program sama, Nikki Palikat turut diundang bagi menyampaikan single terbaru, Sudah yang sepatutnya dirakam Siti Sarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Anzalna Nasir yang juga merupakan isteri kepada usahawan, Hanif Zaki akhirnya secara rasmi mengumumkan bahawa jantina bayi kandungannya adalah lelaki.
Menurut Anzalna, dia berasa amat teruja kerana sudah lama keluarganya menantikan kelahiran cahaya mata lelaki.
“Saya amat teruja sebab Hanif pun nak anak lelaki. Lagi pun family Anzalna ramai perempuan perempuan takda lelaki. Memang kaya perempuan belah Anzalna ni.
“Bila saya dapat tahu yang saya bakal melahirkan anak lelaki, saya sendiri terkejut. Syukur alhamdulillah dan ini semua rezeki.
“Jadi, selepas ini saya tak takut dah nak mengandung lagi,” katanya kepada MH.
Pengumuman tersebut dibuat di Majlis Anzalna Nasir’s Baby Gender Reveal dan pelancaran rangkaian produk istimewa Ommey by NR bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketika ditanya bilakah jangkaan masa Anzalna bakal melahirkan bayi tersebut, ini jawapan pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.
“Saya dan suami memutuskan untuk bersalin di hospital Gleneagles.
“Ini baby raya. Menurut doktor, sekiranya bayi ini dilahirkan secara pembedahan, ia akan dijalankan pada hari raya pertama dan jika bersalin secara normal, insyaAllah seminggu selepas raya,” jelasnya lagi.
Bercerita mengenai nama anak, Anzalna memutuskan untuk mendapatkan pandangan daripada seluruh ahli keluarganya.
“Nama baby ni bukan kami yang pilih tapi daripada keluarga.
“Kami akan minta pendapat daripada keluarga dan siapa yang berikan nama paling sedap dia akan dapat hadiah,” selorohnya.
Buat pengetahuan, usia kandungan Anzalna kini telahpun menjangkau 34 minggu.
Terdahulu, Anzalna yang juga merupakan bekas finalist Dewi Remaja 2009/10 telah melangsungkan perkahwinannya bersama Hanif Zaki pada tanggal 22 Februari 2016.
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.