Penyanyi dan pelakon, Syura Badron Syura tampil mendedahkan tangkap layar menerusi teks yang dihantar menerusi Direct Message (DM) individu yang seolah-olah memberi gambaran negatif menuduh yang boleh menimbulkan fitnah terhadap produk kecantikan yang diusahakan.

Sambil meluahkan rasa kesal dengan sikap kiriman individu terbabit, Syura turut memberitahu individu itu juga turut memetik nama isteri penyanyi Lan Solo Shiela Razlan agar berhati-hati menggunakan produk berkenaan.

“Pakai Produk Sampai Putih Macam Mayat. Cuba Tengok…,” – Siap Petik Nama Isteri Lan Solo! Syura Perbetulkan Tuduhan Individu Ini

“Haritu kes sugar daddy, syura jugak kena kecam. Ni kes fitnah produk pulak. Siap Dm @lansolo_official dn bgtau kalau produk @charmant_hq ni boleh jadi kanser sbb @sheilarazlan salah seorang pengguna skincare charmant.

“Produk ni kita buat RND, ada KKM, ada LABTEST, mana datang kanser tu? (Boleh slide tgk NOT KKM),” tulisnya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Nazam Berkasih ini menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian dan meminta agar tidak memberikan dakwaan yang tidak tepat.

Ads

“Pakai Produk Sampai Putih Macam Mayat. Cuba Tengok…,” – Siap Petik Nama Isteri Lan Solo! Syura Perbetulkan Tuduhan Individu Ini

“Syura sgt faham byk produk skincare kat malaysia ni yg ada mengandungi bahan2 bahaya dan of course kita kena berhati2 dalam memilih skincare. Tapi kalau boleh, siasat lah dulu betul2..janganla main fitnah mcm ni je.

“Sedih kadang2 tengok orang kita sendiri jatuhkan orang kita jugak.

Ads

“Tolonglah bersihkan hati masing2..kalau rasa taknak support, tak perlu beli dan percaya..syura pun boleh faham..tp janganla sampai fitnah mcm ni.

“Takpelah, mungkin dugaan ni Allah bagi untuk syura jadi lebih kuat untuk hadap dugaan yg lebih besar nanti.

Ads

“Kepada individu berkenaan..semoga awak diberikan kesedaran dan taubatlah..dosa fitnah ni dosa besar! Lagi besar dari dosa membunuh.

“Kepada semua pengguna @charmant_hq , terima kasih atas kepercayaan anda! Syura sangat hargai..tq juga kpd #charmantstar untuk sokongan korang dalam produk syura yang masih merangkak ni.. i love you.

“Kawan2 syura advice syura perlu buat report dan saman org ni.. apa pendapat korang? Tolong syura pls.. Syura buntu,” tulisnya panjang lebar.

“Pakai Produk Sampai Putih Macam Mayat. Cuba Tengok…,” – Siap Petik Nama Isteri Lan Solo! Syura Perbetulkan Tuduhan Individu Ini

Foto: Instagram Syura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI