Met Gala merupakan acara berprestij yang menjadi impian buat selebriti terkenal untuk dijemput ke acara tersebut. Namun, hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapat kad jemputan.
Penampilan selebriti-selebriti yang hadir menjadi perhatian ramai dan pastinya setiap seorang akan menggayakan rekaan hasil idea kreatif pereka fesyen dan jenama rumah fesyen antarabangsa.
Untuk acara Met Gala 2022, Kim Kardashian nampaknya menjadi perhatian apabila hadir dalam rekaan busana paling ikonik! Dia menggayakan busana yang dipakai Marilyn Monroe pada tahun 1962 ketika menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy.
Walaupun begitu, perjalanan Kim untuk menggayakan busana ini bukanlah mudah. Dia perlu melalui diet ketat kerana busana tersebut tidak boleh diubah suai untuk mengikut bentuk tubuhnya.
Dalam temubual bersama Vogue, ibu kepada empat cahaya mata ini berkongsi, “Saya selalu fikir yang Marilyn sangat curvy. Saya membayangkan saya mungkin lebih kecil di beberapa tempat yang dia lebih besar dan lebih besar di tempat yang dia lebih kecil. Jadi apabila busana itu tidak muat dengan saya, saya mahu menangis kerana ia tidak boleh diubah sama sekali.”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Endah Rayuan Kanye West, Kim Kardashian Muat Naik Gambar Bersama Kekasih Baharu Buat Pertama Kali Di Instagram
Disebabkan itu Kim Kardashian perlu menurunkan berat badannya agar boleh menyarung gaun jarang yang dihiasi penuh batuan kristal itu. “Saya akan memakai sut sauna dua kali sehari, berlari di atas treadmill, menolak untuk makan gula dan semua karbohidrat. Saya makan sayur-sayuran dan protein yang paling bersih,” jelasnya mengenai regim diet yang diamalkan.
Apabila muncul di karpet merah MET Gala, ternyata dia menjadi tumpuan dan ‘menang’ dari segala segi. The dress itself is a history, dan ia bertepatan dengan tema Met Gala, America: An Anthology of Fashion.
Untuk pengetahuan pembaca, busana ikonik tersebut yang kini dalam simpanan muzium Ripleys Believe It Or Not dibeli Marilyn dengan harga USD1’440 pada tahun 1962. Kemudiannya ia dijual dalam acara lelongan pada 1999 dengan harga lebih sejuta dolar dan pada 2016 ia dijual pada harga USD4.8 juta.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan