Pelakon versatil, Fasha Sandha memohon peminat agar memberikannya masa untuk belajar bertudung.
Jelas Fasha kepada MH, sebagai manusia, dia masih belum sempurna dan pastinya dia begitu menghargai doa peminat yang mahukannya terus istiqamah.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk saya.
“Alhamdulillah mereka tak pernah jemu untuk mendoakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak.
“Dan mengenai isu bertudung, saya tak nafikan ramai yang suka bila saya pakai hijab, lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu.
“Sedari itu, ramai peminat mengharapkan saya untuk terus bertudung.
“Saya faham apa yang peminat mahukan dan doakan buat saya tapi buat masa ni saya masih lagi dalam proses belajar.
“Harap peminat doakan yang baik-baik buat saya semoga dipermudahkan segalanya.
“Pada saya, saya seorang manusia yang tak sempuna dan masih lagi sedang belajar.
Pada masa sama, dirinya amat terharu dan berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Saya tahu apa yang peminat doakan adalah untuk kebaikan diri saya, amat hargai dan berterima kasih InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Menurut Fasha, suaminya memberi ruang dalam istiqamah.
“Suami bagi ruang untuk saya belajar, tidak mendesak dan sebagainya sebab saya masih lagi tengah belajar perlahan-perlahan.
“Saya tahu apa yang peminat doakan adalah untuk kebaikan diri saya, saya sangat hargai dan berterima kasih InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan,” akhirinya.
Terdahulu, bintang Semua Salahku itu ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru AuraWhite Sparkle Diamond Skin Care & Travel Pack di Bangi, pada Rabu.
Turut sama diangkat sebagai duta bagi produk tersebut ialah Ayda Jebat.
Foto: AuraWhite, Instagram Fasha Sandha