Selebriti terkenal, Noor Neelofa mendededahkan dirinya akan mendapatkan pandangan daripada suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas, PU Riz mengenai pemakaiannya setiap kali sebelum keluar rumah.
Menurut Neelofa, suaminya itu akan memberikan saranan lain sekiranya pemakaiannya itu kurang bersesuaian.
“Setiap kali keluar rumah, saya akan dapat maklum balas mengenai pakaian saya daripada suami. Kalau dia tegur adalah bahagian yang singkat, kita akan tukar.
“Kalau dia kata okay, saya keluar sahajalah. Selagi tak nampak susuk tubuh, bentuk peha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Neelofa ditegur netizen apabila dilihat memuat naik video dirinya berpakaian kurang sesuai dengan imejnya berpurdah yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.
Mengulas mengenai kecaman tersebut, bekas pengacara Meletop ini mendedahkan dirinya kini sedang berusia untuk menjadi lebih baik.
“Nampak mata sahaja pun orang akan kecam juga. Mereka akan bercakap macam-macam seperti labuh tudung mesti melebihi bahu atau stokin tangan tak cukup panjang.
“Saya masih mencuba yang terbaik untuk menjadi yang lebih baik. Kalau orang luar nampak kelemahan atau kesilapan dan tegur dengan baik, Alhamdulillah.
“Saya pun ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari lagi. Alhamdulillah, saya juga dikurniakan pasangan yang sering membantu saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Neelofa turut mendedahkan dirinya kita sedang menyesuaikan diri untuk menjaga dua orang cahaya mata sebelum kembali aktif bekerja.
“Menjaga dua orang cahaya mata ini memang agak mencabar. Kadang kala rasa seperti tak cukup 24 jam. Saya perlu lebih masa lagi. Saya sudah mula berkerja awal September lalu tapi kena kembali jaga anak sebab musim demam
“Alhamdulillah sekarang saya ada jururawat malam untuk bantu jaga si kecil. Setidaknya saya dapat waktu rehat yang cukup.
“Ketika sebulan bersalin dan berpantang, saya jaga kedua-duanya sekali walaupun ada pembantu. Baby tidur sendiri dalam bilik. Namun, selepas sebulan, saya rasa tak boleh, jadi saya minta suami untuk ambil jururawat pada waktu malam,” akhirinya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instgram Neelofa & PU Riz