Pelakon, Ezzaty Abdullah awal semalam ada mendedahkan dirinya seorang ‘hantu’ durian dan mampu menghabiskan kira-kira 60 ulas durian.
Malah kongsinya di Instagram, setakat ini, dia tidak pernah mengalami demam atau lenguh badan disebabkan pengambilan buah durian berlebihan.
“Amaran pada yang tak suka Durian jangan tengok.
“Alhamdulillah 1st time untuk tahun ni kena beli durian sbb dah lebih seminggu tak balik kampung kutip durian.
“Craving tahap tinggi dah ni. Durian kampung kahwin 6 biji RM80. Tu je saya mampu utk harini. Dapat lah makan 32 ulas je. Takpe. Rezekiiiiii jugak,” tulisnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut menambah, ada peminat yang risau akan kesihatan dirinya setiap kali berkongsi aksi makan durian.
“Ramai yang selalu risau bila saya post story makan durian cakap nanti demam lah. Sakit badan lah. Tapi jangan risau. Saya pun pelik dengan badan saya. So far selama 29 tahun saya hidup, paling banyak saya boleh makan durian 60 ulas sehari.
“Ulas ye, bukan 60 biji. tapi tak pernah lagi saya sakit or demam sebab durian. Biasa demam sbb kena hujan je or cuaca sejuk. Durian tak pernah buat saya demam. Harap2.
“Sampai bila2 lah durian jadi baik dengan saya. Sebenarnya nak tanya. Ada tak pertandingan makan durian paling banyak pastu menang beribu2 ringgit. Tolong calonkan saya please,” tulis Ezzaty panjang lebar.
Di akhir video, isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga sempat minum air masak dalam kulit durian, khusus sebagai petua untuk elak demam dan sakit badan.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI