“Paling Biadab Untuk Menggambarkan Diri Saya,” – Amelia Henderson Benci Perkataan ‘Janda’

Share

Bukan sahaja memiliki rupa paras yang jelita serta berpewatakan menarik, rupa-rupanya pelakon, Amelia Henderson juga mempunyai rekod penilaian IQ yang tinggi.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang individu menerusi satu ciapan di laman Twitter.

“Saya baru tahu yang Amelia Henderson merupakan salah seorang ahli Mensa International dengan disahkan memiliki skor IQ 180. Dia sangat cantik, kelakar, berbakat, bijak berbual dan genius.

“Queen energy. She’s my new girl crush,” tulisnya.

Ketika ramai yang memuji tahap kepintaran yang dimiliki Amelia, ada pula individu lain yang menyentuh mengenai statusnya sebagai wanita yang pernah berkahwin.

Perkara tersebut turut mendapat respon daripada Amelia.

Jelas Amelia, dia berharap agar orang ramai berhenti merendahkan darjat seorang wanita hanya kerana status hubungan.

“Jika masalah terbesar mengenai diri saya adalah kerana saya pernah berkahwin, rasanya,saya baik-baik sahaja.

“Lagipun, saya sangat bencikan perkataan janda itu. Boleh tak kita semua berhenti merendahkan wanita dengan menilai status hubungan mereka pada tahun 2023 ini?,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Jelas pelakon filem Pulau ini lagi, dia lebih selesa namanya dikenali kerana pencapaian kerjaya berbanding kisah rumah tangganya.

“Saya ini merupakan pelakon pemenang anugerah, model, pengacara, produser dan penari dengan pengalaman selama 27 tahun.

“Janda adalah perkataan yang paling biadap dan tak menarik untuk menggambarkan diri saya,” ujarnya lagi.

Kongsi Amelia lagi, perkahwinan bukanlah satu pencapaian dan masyarakat seharusnya tidak memberi tekanan terhadap wanita yang belum berkahwin.

“Perkahwinan merupakan perkara yang sangat indah tetapi bukan satu pencapaian. Wanita yang memilih untuk tidak berkahwin atau pernah berkahwin tapi tidak bertahan lama, mereka tiada kurangnya kerana tidak berkahwin.

“Jangan biarkan tekanan daripada masyarakat membuatkan kita berkahwin walaupun belum betul-betul bersedia,” ulasnya lagi

Sekadar informasi, sekitar tahun 2018, Amelia mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami iaitu Tunku Harunnarasheed Putra.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tarikh dan punca perceraiannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Amelia Henderson, Ini Alalalannn, Ilazoryzzi

Published by
MH