
Hos dan usahawan, Neelofa yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah sejak beberapa hari lalu ada berkongsi sekeping fotonya di Instagram.
Berbeza dengan penampilannya sebelum ini, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto sama wajah polos tanpa secalit pun solekan.
Malah Lofa turut berkongsi beberapa momennya di tanah suci menerusi Insta Stories.
Lalu, entri yang kini telah pun mendapat tanda suka lebih 300,000 itu dihujani dengan pelbagai komen pujian daripada netizen termasuk rakan selebriti.
Ya, rata-ratanya memuji penampilan bintang kelahiran Kelantan Ini.
Sementara itu, Lofa turut menitip serta membaca doa yang turut dikirimkan ahli keluarga dan sahabat-handai. Semoga mendapat umrah yang mabrur, Neelofa.
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung,” – Posting Isu Lain, Tapi Ditanya Soal Aurat, Vanidah Imran Jawab Netizen!

Pelakon, Vanidah Imran akhirnya membalas komen netizen apabila sering disoal berkaitan dengan dirinya berhijab.
Kisahnya, Vanidah berkongsi video ‘repost’ daripada penyanyi, Nourul Wahab berkaitan dengan soal warna kulit, bagaimanapun, lain pula yang dilihat netizen.
“Tapi kalau semua dah cantik tak tutup aurat pun masih lagi tak cantik kak, nak lagi cantik tutup aurat InsyaALLAH segala2nya akan jadi lebih cantik.
“Sebab nabi dah bgtau akhir zaman byk wanita yg tak tutup aurat dan ada jgk golongan wanita yang tutup aurat tpi hakikatnya berbogel.
“Nasihat utk semua dan diri sendiri juga, sama2 kita saling mengingati kerana islam itu cukup sempurna,” tulis individu tersebut di ruangan komen.
Susulan itu, ini pula yang dibalas oleh Vanidah.
“Ya betul, tapi menutup aurat bukan hanya sekadar pakai tudung…banyak faktor lain yang perlu berubah, perlu dijaga. Semua itu proses dalam menjadi hambanya yang lebih baik. Slowly but surely. Insya ALLAH,” balasnya.
Berikutan itu, ada juga beberapa netizen yang memberikan pandangan mereka mengenai isu tersebut dan semuanya dibalas baik oleh pelakon filem Mami Jarum itu.
Sebelum ini, ada beberapa kali netizen bertanya kepada Vanidah bilakah dia akan berhijab dan menutup aurat namun tiada jawapan. Mudah-mudahan dengan jawapan tersebut akan memberikan kepuasan buat mereka yang bertanya ya!
Foto/Instagram: Vanidah Imran
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Tak Nak Dapat Menantu Cantik, Baik & Hormat Orang Tua,” – Anak Zarina Zainuddin Mahu ‘Lamar’ Mira Filzah?

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 32, Mira Filzah.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Zarina Zainuddin, ada berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagat anaknya, Azal yang mahu melamar Mira.
Pada masa yang sama, Zarina turut memberi pujian kepada Mira yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menantu.
“Buat hal Azal ni, nak melamar Mira Filzah pulak.. nasib lah Mira Filzah baik… siapa tak nak kan dapat menantu cantik, baik dan hormat orang tua macam Mira Filzah ni.
“Nak tahu apa respon Mira Filzah? Tengoklah dekat youtube Mangkin Pictures..” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Azal bersama Mira yang kelihatan sangat comel.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, serta Muhammad Naim Azraidan, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.
Video: Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memandu Lebih 5 Minit, Saya ‘Blank’,” – Jalil Hamid ‘Update’ Soal Kesihatan, Berat Badan Susut 30Kg

Pelakon veteran, Jalil Hamid menjelaskan dia mengalami penurunan berat badan kira-kira 30 kilogram (Kg) selepas mengalami masalah jantung selain hilang selera makan sejak setahun lalu.
Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, bagaimanapun bersyukur kerana keadaan kesihatannya sudah beransur pulih walaupun tidak sekuat dahulu.
“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Sebelum ini saya langsung tak boleh makan. Bila makan saja, mesti muntah. Saya hanya boleh makan sesuatu yang cair dan halus seperti bubur. Itu yang badan saya susut mendadak daripada 98kg kepada 69kg.
“Sekarang ini saya masih berjumpa doktor di hospital kerana mereka syak saya ada masalah jantung kerana selepas menjalani pembedahan tahun lalu, jantung saya bengkak.
“Ada waktu saya disuruh duduk di wad tapi saya tolak. Lagipun saya rasa masih boleh lawan lagi. Tapi sekarang saya tak boleh nak memandu, memandu lebih dari lima minit, saya jadi ‘blank’,” katanya.
Jalil ditemui pada majlis Santai Selebriti Bersama Mufti Selangor di kediaman pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisham, semalam.
Menurut Jalil, disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi dia mengaku berdepan kesulitan hidup kerana tiada tawaran kerja.
“Dalam tempoh tiga tahun ini saya tidak berlakon, agaknya saya ‘direhatkan’. Terus terang saya hilang punca pendapatan.
“Saya hidup dengan apa yang orang berikan. Saya guna untuk membayar segala komitmen yang ada.
“Saya sedar orang tak tawarkan saya berlakon sebab saya tidak sihat. Produksi pun mungkin risau untuk ambil saya berlakon manalah tahu ketika penggambaran, saya ‘lenyap’ pula nanti produksi yang rugi.
“Namun begitu, apa yang boleh saya katakan hidup saya ini dalam dunia lakonan saja. Saya tak boleh buat kerja lain. Ia seperti orang beri makan nasi. Itu bidang saya, saya tidak boleh tinggalkan dunia lakonan,” katanya.
Dalam pada itu, Jalil meluahkan rasa syukur apabila menerima sumbangan berbentuk wang ringgit daripada rakan-rakan artis serta Lembaga Zakat Selangor.
“Saya tidak mahu susahkan anak-anak dengan masalah saya. Mereka juga ada komitmen yang perlu dibayar seperti membayar sewa rumah dan sebagainya.
“Sumbangan diberikan dapatlah bantu saya beli ubat-ubatan yang mencecah ribuan ringgit. Saya sangat menghargai sumbangan ini,” katanya.
Semalam, Jalil tersenarai antara salah seorang daripada 40 penerima sumbangan dari rakan-rakan artis dalam majlis yang turut dihadiri oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI