Pelakon Anzalna Nasir bersyukur apabila turut terpilih sebagai antara 10 duta bersempena dengan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Percaya rezeki meski lama tidak mempunyai naskhah baharu baik drama mahupun filem, ibu kepada dua cahaya mata ini optimis untuk terus memperkasakan jenama ini bersama rakan duta yang lain.
Ibu Paling Teruja
“Saya bersyukur sebab Jakel adalah satu jenama yang besar di Malaysia. Kami sekeluarga pun sudah sering ke sini sejak dulu dan yang paling gembira sudah tentulah ibu saya.
“Lagi bersemangat dia untuk sokong, maklumlah anak dia antara wajah wakilan bagi jenama ini,” seloroh Anzalna ketika ditemui pada Sesi Meet & Greet Bersama Duta Jakel, di Jakel Mall Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut memeriahkan acara ini termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki.
Turut hadir, anggota kumpulan pelawak Senariounion, Upin & Ipin, personalit media sosial, Sallywho dan pasangannya.
Program Meet & Greet ini ialah susulan daripada sambutan baik yang diberikan pelanggan di Jakel Shah Alam, Selangor pada 31 Januari lalu.
Ads
Tawaran Baucar Istimewa
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pihaknya mengambil keputusan itu bagi khusus untuk memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan baucar diskaun pembelian baju sempena Syawal.
“Kita amat teruja dengan sambutan luar biasa tersebut, sejak pengumuman duta-duta Jakel dalam tempoh dua minggu lalu.
“Namun kami ada menerima maklum balas daripada umum yang mereka tidak berkesempatan mendapatkan baucar sekali gus berharap program Meet & Greet sebelum ini diteruskan lagi.
“Maka bagi menghargai pelanggan setia, kita anjurkan sekali lagi acara ini untuk beri peluang kepada pelanggan yang belum mendapatkan baucar diskaun tambahan 20 peratus yang akan diedarkan sendiri oleh duta-duta kami,” katanya.
Ads
Mohamed Faroz menambah pada sesi kali ini, pelanggan sekali lagi berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan duta.
Selain itu, beliau menambah, demi keselesaan pengunjung, pihaknya juga turut membuka ruang niaga lebih luas dan berwajah baru di aras tiga bangunan tersebut
“Ruangan baru ini menempatkan koleksi sedondon terkini untuk remaja belasan tahun, anak kecil serta Ibu.
“Ini semua demi keselesaan pelanggan seiiring dengan usaha kami untuk menyediakan ruang yang kondusif bagi mendapatkan koleksi terkini, menarik, fabrik berkualiti yang ditambah baik di Jakel.
Ads
“Sebab itu kita juga menyediakan parkir yang luas, tandas, tempat solat, kerana ini selari dengan moto kami tahun 2025 mendonia bersama jakel. ‘Jakel, Barulah Raya’,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohamed Faroz memberitahu, pelanggan juga boleh berbelanja dengan Easy Payment yang ditawarkan pihak Maybank,Affinbank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
“Contoh jika belian RM500 mereka boleh bayar lima kali dan jika RM1,000, potongan bayaran adalah 10 bulan.
“Untuk tahun ini, kita juga menambah 5,000 kakitangan sambilan seluruh negara termasuk 1,500 di Jakel Mall bagi memperbaiki mutu perkhidmatan selain melancarkan urusan pelanggan.
“Kita turut mengalu-alukan lepasan sekolah, penuntut kolej unversiti untuk sertai kami sepanjang bulan Ramadhan ini, pada masa sama mempelajari selok belok perniagaan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon Chacha Maembong menjelaskan, dia tidak kisah sekiranya kerap ditawarkan untuk memegang watak antagonis dalam mana-mana naskhah asalkan ia berbeza dengan karakter-karakter lain yang pernah dijayakan.
Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah, 25, atas kepercayaan yang diberikan, dia akan cuba memberikan ‘nyawa’ kepada watak berkenaan dengan sebaik mungkin.
“Kalau produser asyik tawarkan saya watak antagonis, saya tak kisah, saya akan terima saja. Tapi, kalau boleh, kita buat watak antagonis yang lain-lain, bukan sama setiap masa.
“Sebab bagi saya, tak semesti kalau kita pegang watak antagonis kita perlu bising dan menjerit-jerit. Ada juga antagonis yang pendiam dan tidak dapat ditebak menerusi ‘body language’ dia,” katanya.
Ditemui pada sidang media maya drama Cukup Derita Itu 2 yang diadakan baru-baru ini, adik kepada pelakon Emma Maembong itu juga turut berkongsi mengenai perjalanan watak Ellana menerusi drama berkenaan.
Pada awalnya, Chacha akui rasa berasa gugup untuk membawakan watak berkenaan. Namun, lega apabila pengarah dan juga kru produksi tidak berhenti berikan sokongan.
“Ketika mula-mula ditawarkan watak Ellana, saya mengaku yang saya tidak mampu untuk buat. Saya maklumkan kepada produser dan pengarah supaya mereka menawarkan watak tersebut kepada orang yang mampu.
“Namun, mereka betul-betul mahukan saya menjayakan watak Ellana itu dan akhirnya saya terima cabaran yang diberikan. Alhamdulillah, berkat sokongan dan dorongan ramai orang, saya semakin selesa menjiwai watak Ellana,” katanya lagi.
Selain Chacha, Cukup Derita Itu 2 turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies, Lia Natalia dan Didie Alias.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Chacha Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fathia Latiff mendedahkan hubungannya bersama Zarina Anjoulie masih baik-baik dan saling berhubung untuk bertanya khabar.
Katanya kepada MH, mereka saling menyokong di antara satu sama lain meski hubungan di antara keduanya pernah keruh sebelum ini.
“Saya dengan dia okay, cuma dia dengan cara dia dan dan saya dengan hidup saya. Akan tetapi kami masih lagi saling berhubung.
“Dia menyokong saya dan ya, kami berkawan. Saya gembira untuknya dan begitu juga dengan dia,” katanya.
Fathia, 34, atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff turut menjelaskan, dia memilih untuk jernihkan hubungan kerana masing-masing kini kian matang.
Januari lalu, pendandan rambut terkenal, Ridzokumura di Instagramnya ada memuat naik video dua selebriti itu sedang duduk berbual lalu mendapat perhatian warganet membayangkan mereka sudah pun berbaik selepas hampir dua tahun.
“Kami telah lama tidak berjumpa. Malah meski pun kami ada berselisih faham pada ketika itu, tetapi kalau dah namanya true friends, faham tak macam bergaduh adik-beradik? Kita akan kembali berbaik.
“Saya yang mulakan langkah. Saya ada beritahu Abang Ridzo, kemudian dia hubungi Zarina. Kita kian dewasa dan pada masa sama, kita masih saling menyayangi.
“Malah ramai yang suka lihat kami kembali berbaik. Jadi mengapa tidak. We are real dan apa yang kami lalui, kami kongsi,” jelasnya lagi.
Fathia yang pernah muncul dengan single Jika Aku Tahu sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk kembali berlakon dan terbuka untuk menerima mana-mana tawaran lakonan selepas ini.
Pelakon drama Ariana Rose ini ditemui pada majlis pelancaran kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, pada Jumaat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mira Filzah memuat naik foto bersama rakannya di laman Instagramnya, semalam.
Difahamkan pertemuan itu berlangsung di sebuah restoren di ibu kota bernama Birch, namun ada pula netizen yang tersalah sangka.
“Tak sangka kan, MF ni pakai je tudung tapi mencarut…kenapa perkataan mencarut tu ltk dekat location, kenapa tak dekat caption? Takut masuk melodi le tu,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dilihat membalas komen tersebut.
“Think before you speak,” balasnya.
Sementara itu, kelihatan ramai netizen bangkit mempertahankan Mira malah meluahkan rasa kesal apabila individu tersebut membuat tuduhan melulu.
Alahai, tak sangka insiden macam ini pun boleh wujud ya? Apa-apapun, syabas buat Mira yang tenang melayan individu tersebut. Mungkin, selepas ini individu itu boleh belajar daripada kesilapan.
Foto/Instagram: Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Big Stage musim keenam yang memperkenalkan format baharu menerusi Big Stage Alpha, bakal membuka tirainya bermula Ahad ini.Menampilkan 18 peserta, edisi kali ini tampil...