Bersyukur diberi nikmat menyayangi wanita yang bergelar isteri, kata Ebit Lew, setiap kali melihat wajah isteri, hatinya sejuk.
Malah dia cukup seronok apabila diberi peluang mengikat niqab suri hatinya.
“Meh abang ikatkan niqab bidadari sayang abang.. Setiap kali sebelum kemana-mana saya paling happy dapat ikatkan niqab bidadari saya sambil mengucapkan dan syukur pada Allah “Cantik, menawan, manisnya,sejuknya hati abang melihat bidadari abang.
“Terima kaseh jadi bidadari abang. Terima kaseh Allah betapa diriku sayang padanya. Jagalah bidadariku ini i love u bidadariku sayang”.
Tulisnya lagi, ramai sering bertanya, benarkan rezeki akan sempit apabila menyakitkan hati isteri.
Jelas Ebit, terdapat tiga manusia yang paling banyak berkorban atas dunia ini untuk manusia lain iaitu isteri, ibu dan ibu mertua.
“Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya?
“Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih.
“Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita.
“Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi.
“Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka. Bimbing pimpin mereka dekat pada ALLAH ..ebitlew,” kongsinya dengan pembaca.
Netizen menyifatkan ‘bidadari’ ustaz popular ini sebagai cukup bertuah kerana memiliki suami yang cukup memahami isi hati seorang wanita.
Foto : Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI