Penyanyi, Azhar Osman mendedahkan kian beransur pulih daripada penyakit (Gastroesophageal Reflux Disease) GERD atau Asid Reflux yang dihadapi sejak awal tahun ini.
GERD yang juga dikenali sebagai Asid Refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.
Menurut Azhar, untuk melawan penyakit tersebut bukanlah mudah dan ia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan dia hilang nikmat makan.
”Melawan penyakit GERD atau Asid Reflux sepanjang tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Sekarang saya beransur sembuh dan memasuki fasa pemulihan.
“Yang paling kecewa bila hilang nikmat makan. So, nasihat aku jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampau.
“Anda tidak akan tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Jagalah usus anda. By the way, mind if I make a little comeback?” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Azhar lekas sembuh dan boleh memulakan perjalanan kariernya seperti biasa.
Terdahulu, Azhar sebelum ini pernah popular bersama grup duo, Azhael yang dianggotainya bersama, Hael Husaini sebelum masing-masing memilih untuk meneruskan kerjaya secara solo.
Sumber: Instagram Azhar Osman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suruh Pakai Tudung. Tak Kan Nak Suruh Anak Saya Dah Pergi Disko, Minum Arak Baru Saya Nak Rotan?,” – Aliff Syukri
Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memberi penjelasan mengenai dia telah merotan salah seorang anaknya, Qadejah El Zahra atau lebih mesra disapa Cess baru-baru ini hingga mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Malah, Aliff menjelaskan, hal yang melibatkan anak perempuannya berusia 9 tahun itu juga turut menyebabkan pihaknya telah dikunjungi wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, pelakon filem Badang itu dikatakan menghukum Cess dengan cara merotan atas alasan kanak-kanak itu membuka tudung.
Lalu, laporan itu dibuat sebuah badan NGO di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, baru-baru ini.
“Bila saya muat naik dan kongsi di media sosial, netizen tersalah tafsir. Adalah rotan nipis, tiada beradarah pun. Kalau nak diikutkan ada orang yang kata Cess ni kurang ajar, anak orang kaya yang selalu melawan mengasuh.
“Lalu ada yang kata mengapa tidak didik? Bila saya cuba adaptasi anak saya agar menghormati orang, berpakaian dengan baik. Jadi saya agak tegas memandangkan saya jarang bertemu dengan anak saya.
“Ya, saya akui ada buat benda tu (merotan). Jadi pada malam tu, saya sebagai bapa rasanya macam serba salah. Jadi saya nak la letak krim yang sebenarnya saya mahu keluarkan produk krim.
“Tak sangka pula boleh jadi viral,” katanya sambil bertanya kepada Cess sama ada kesan rotan menyebabkan luka atau sebaliknya.
Pada masa sama, Datin Nur Shahida yang turut berada pada sidang media sama turut mendedahkan, anaknya menangis bukanlah kerana sakit, tetapi terharu atas layanan yang diberikan oleh si bapa.
“Cess pula menangis bukan sebab sakit, tapi dia macam terharu. Dia sedih bukan sebab dia sakit…tidak. Cuma biasalah kalau kita pukul anak tu, ada merah-merah tu adalah tetapi tidaklah sampai mencederakan,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Aliff turut menegaskan dia berbuat demikian demi mengajar dan menyuruh anaknya agar mengenakan tudung.
“Saya menyuruh anak saya pakai tudung. Tak kan saya nak suruh anak saya tu dah pergi disko minum arak baru saya nak rotan?
“Kalau macam tu, kau orang maki saya kata tak pandai jaga anak. Jadi nak yang macam mana?” soal Aliff yang tidak mengerti perihal apakah yang diinginkan netizen.
Aliff bagaimanapun mengaku tersilap kerana memuat naik rakaman berkenaan.
“Ya kesalahan saya adalah saya buat posting. Saya mengaku dan minta maaf. Tapi tujuan saya adalah untuk kongsi yang Cess baru saja bertudung 1 Januari lalu,” katanya panjang lebar.
Ikuti rakaman penuhnya di Instagram Media Hiburan.
Terdahulu, Aliff menjelaskan segala isu mengenai kontroversi yang berlaku sejurus pelancaran produk AS Legacy dan pertunjukan fesyen Indahnya Raya 2019 anjurannya di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.
As Legacy di bawah payungnya bukan sahaja mahu dikenali sebagai syarikat penjual kosmetik dan fesyen semata, tetapi juga mahu dikenali sebagai label yang menjual barangan kepeluang di bawah bumbung yang sama.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Rezeki Ini Akak Merasa Bawak Mak Akak Pergi Mekah,”- Manusia Tiada Hak Jatuh Hukum, Tegas Khiriah
Pelakon Noorkhiriah atau dikenali sebagai Khiriah ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama rantaian Nur itu telah berkongsi gambar sekali gus mengimbau kembali kenangan bersama ibunya ketika berada di tanah suci Mekah 5 tahun lalu.
“Sungguh ke keja mcm akak ni tak berkat..dgn rezeki nilaa akak mrasa bwk Mak akak pegi Mekah #2014..mcm mimpi weii..sapa kita nak menilai berkat @ tidak..”
“moral of te story manusia takde hak jatuhkan hukum..Allah Maha Mengetahui..doa yg bbaik InshaAllah yg baik2 akan datang..lagi 2 tahun dah leh pi sendiri tanpa mahram..jom Mak”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Kongsi pelakon yang berusia 40 tahun itu lagi, dia berasa bersyukur dengan hasil titik peluk daripada lakonan dirinya, Khiriah dapat membawa ibunya ke tanah suci Mekah.
Dalam pada itu, perkongsian Khiriah turut mendapat kata-kata pujian daripada peminatnya.
Terdahulu, Khiriah pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Wanita Paling Popular sebanyak 3 kali berturut-turut.
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Foto : Instagram Khiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Failkan Tapi Tak Hadir,” – Proses Sulk Disambung, Farid Kamil Nasihat Isteri Jangan Hina Mahkamah
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan Farid Kamil, 42 dan Diana Danielle, 32.
Ia susulan kegagalan Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson untuk menghadiri prosiding yang dijadual berlangsung, hari ini.
Farid berkata, dia sendiri tidak dapat memastikan sebab Diana tidak menghadirkan diri, biarpun prosiding hari ini difailkan oleh isterinya sendiri
“Sulh hari ini tidak dapat diselesaikan kerana Diana tidak hadir. Saya difahamkan mengenai alasannya adalah disebabkan ketika ini dia masih tidak boleh berjumpa dengan saya.
“Bagaimanapun, saya berharap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimaklubkan supaya Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya.
“Dalam tempoh saya tidak dapat berjumpa dia, saya juga berharap Diana dapat menjaga adab dan jangan lupa dirinya masih sebagai isteri saya,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Farid menegaskan, sekiranya Diana masih tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalani prosiding sulh pada 25 Mei depan, isterinya seolah-olah menghina mahkamah.
“Hari ini dia (Diana) failkan (prosiding sulh), tapi dia tidak hadir. Jadi kami akan hadir sekali lagi menjalani prosiding ini untuk mendapatkan kata sepakat diantar kedua belah pihak.
“Bila seseorang sudah failkan untuk perdamaian, tapi dia tidak datang, dalam undang-undang saya diberitahu ia adalah satu perkara yang melanggar perintah,” katanya.
Ketika hadir ke prosiding sulh, hari ini, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI