“Paling Macho, Hati Selembut Sutera,” – Aksi Nabil Mahir Tolong Pakaikan Kasut Ayda Jebat Raih Perhatian Ramai

Share

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa terharu terhadap rasa sayang yang ditunjukkan oleh tunangnya yang juga merupakan pengacara, Nabil Mahir.

Menurut Ayda, dia berasa sangat bertuah kerana dapat dipertemukan dengan Nabil yang ketika ini menjadi penyeri kebahagiaan dalam kehidupannya.

 “Thank you for bringing joy to my heart, beauty to my world and love to my life. Thank you for loving me with all your heart, Love,” tulisnya.

Bersama entri berkenaan, Ayda turut dilihat memuat naik sebuah video yang memaparkan kelakuan bersahaja Nabil yang tanpa segan silu menukar kasut tunangnya itu sewaktu malam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) baru-baru ini.

Ayda sebelum itu mengenakan kasut tumit tinggi sewaktu berpasangan bersama Nabil ketika menyampaikan salah sebuah anugerah pada malam tersebut.

“Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Laki kata, bukan takut bini tapi sayang bini. Thank you for everything Wuvv @nabilmahir ,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah comel pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga urusan perkahwinan pasangan ini akan dipermudahkan.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini dijadualkan bakal disatukan pada 1 Januari 2021 nanti.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Published by
Aizam Manaf