“Paling Nervous Sebab Majlis Kami Dibuat Live Oleh TV3,” – Anazalna Nasir Rai Anniversary ke-5, Cerita Rambut Didandan Datuk Rizalman & Dekorasi Pakai Bunga Segar!

Share

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kelimanya bersama suami, Hanif Zaki, pelakon cantik Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa foto bermakna bagi dirinya saat bergelar raja sehari.

Merakam kembali detik indah menerusi Insta Story, pelakon Dendam Aurora itu mendedahkan rambutnya telah didandan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman yang turut menata persalinan nikah pada hari bahagianya.

“Mungkin ramai tak tahu, rambut I didandan oleh Dato @rizalman71. Nampak tak sesungut tu katanya bagu nampak manis and dress also from him.

“Makeup @khirkhalid pelamin dari @glamweddings ada kesinambungan ke resepsi seterusnya,” tulis Anzalna pada fotonya yang sedang duduk dipelaminan.

Malah, ibu beranak satu ini sempat berseloroh mengenai kesediaan suaminya apabila majlis pernikahan mereka turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

“Paling nervous sebab majlis perkahwinan kami dibuat secara live oleh @tv3malaysia. Nasib baik @hanif_zaki tak terkencing waktu salam tok kadi dan nasib baik juga sekali lafaz saja!

“Hebat bukan!! Hahaha,” tulis Anzalna yang turut memuji persembahan penyanyi Ning Baizura pada malam resepsi.

“Majlis reception yang ketiga bersama peminat. Sumpah penat gila mungkin sebab rambut berat! Hahaha the next day terus pergi Mekah,” kenangnya lagi.

Pada akhir perkongsian, finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini turut menyatakan

“Itu sahaja sharing buat tahun ni punya  wedding anniversary. Apa pun, yang lebih bermakna adalah keberkatan daripada Allah SWT,” jelasnya.

Mengimbas kembali, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.

Foto: Instagram Anzalna

Published by
MH