Penyanyi, Misha Omar memberitahu dia tidak menghalang sekiranya anak-anaknya ingin menceburi karier seni nyanyian selepas ini.
Meskipun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia tetap mahu menitikberatkan soal akademik permata hatinya itu dengan sebaik mungkin.
Jelas penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, soal akademik harus diberikan keutamaan.
“Yang paling penting akademiknya. Kalau dah habis sekolah, boleh sahaja kalau nak ceburi dalam bidang nyanyian.
“Jika nak menyambung pelajaran dalam bidang muzik pun, saya mengalu-alukan. Seperti Ernie Zakri contohnya, yang merupakan graduan dalam bidang muzik.
“Kalau anak-anak sudah ada minat ke arah itu misalnya, kita sebagai ibu bapa sudah pasti mahu anak-anak berjaya tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Insya-Allah saya cuba untuk sokong apa juga kecenderungan mereka,” katanya kepada MH.
Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga bersama Firros Ezzwan pada 2 Mei 2014.
Hasil perkongsian hidup bersama, penyanyi lagu Tanpa Rela ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.
Misha juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini mencecah usia 15 tahun.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Ketika Bermotosikal Ke Pasar Malam Dan Untuk Hantar Anak Ke Sekolah,” – Jawab Fasha Sandha Bila Bonceng Motosikal Sama Encik Tunang Pergi Tengok Bola
Aktres Fasha Sandha ada berkongsi sepotong video menaiki motosikal bersama tunang, aktor Aidil Aziz semata-mata mahu mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas bagi menyaksikan perlawanaan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam, baru-baru ini.
“Demi Malaysia ku Tercinta. Tak sempat nak bersiap melawa, tak apa, asalkan tak lambat. Merempit with Encik Tunang ke Stadium. Video ni sebelum sampai ke stadium tadi,” tulisnya sehari lalu menerusi Instagram.
Fasha ketika dihubungi MH mengakui rasa terkejut kerana video yang dimuat naik mendapat reaksi positif ramai.
“Saya terkejut kerana ramai yang likes dan memberi respon positif apabila saya memuat naik video saya ke stadium dengan bermotosikal untuk mengelakkan daripada lambat dan kesesakan lalu lintas di stadium.
“Sebenarnya saya mmg sering bermotosikal sebelum ini. Adakalanya saya bermotosikal ke pasar malam dan juga untuk hantar anak2 saya ke sekolah sebelum ini,” katanya yang turut mengkui hidup bersederhana itu indah.
Tidak menafikan itu merupakan kali pertama pelakon Teratai Kemboja ini membonceng bersama tunangnya, Fasha turut memberitahu dia menaiki motorsikal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Ya itu merupakan kali pertama saya menaiki motor dengan encik tunang, kami menaiki motor untuk mengelakkan kesesakan kerana kebetulan pada hari tersebut, saya shooting, dia juga ada penggambaran. Habis pengambaran sekitar jam 7.30, jadi kami terus memilih untuk menaiki motorsikal.
“Video yang dimuat naik itu mendapat view 1 juta dalam 24 jam dan mendapat likes 150k menandakan pengikut suka melihat saya dan aidil bermotosikal ke stadium,” akhiri Fasha.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suruh Isteri Kamu Pakai Tudung Semula,” – Komen Individu Pada Foto Suami Dengan PU Azman, Lihat Apa Reaksi Sarah Hildebrand
Suami kepada pelakon, Sarah Hildebrand, Otto Gillen mengakui dirinya berasa sangat teruja apabila berkesempatan untuk berjumpa dengan penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman.
Menurut Otto, PU Azman atau lebih sinonim dengan panggilan Cik Man merupakan seorang yang berpengetahuan tinggi dan dia sangat bersyukur kerana dapat berkongsi pelbagai perkara pada pertemuan yang singkat itu.
“PU Azman merupakan antara orang yang memiliki pengetahuan yang sangat luas yang pernah saya jumpa selama ini. Saya berasa sangat senang kerana dapat berkerjasama dengan PU Azman atau Cik Man.
“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, berkongsi rasa dan memberikan kami kata-kata peransang,” kongsinya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Otto menerusi akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, entri tersebut telah dicemari dengan komen negatif seorang individu yang menyifat isterinya itu tidak akan dapat mencium bau syurga kerana tidak lagi mengenakan hijab.
“Suruh isteri kamu pakai tudung semula. Sesiapa yang tidak memakai tudung dia tidak akan dapat bau syurga,” tulis individu tersebut.
Tersentak dengn komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu;
Jelas Sarah, tiada seorang manusia pun yang berhak mengadili kehidupan orang lain kerana hidayah itu milik Allah.
“Bagaimana kamu tahu yang Allah tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana pula kamu tahu jalan yang saya lalui ketika ini pula salah.
“Kamu sendiri tidak tahu dan jangan bertindak seperti anda tahu semuanya. Berhenti menghantarkan mesej-mesej yang salah kepada suami saya. Terima kasih,” balasnya.
Komen tersebut juga mendapat respon daripada Otto yang turut mempertahan tindakan isterinya itu.
“Tak perlu ajar apa yang saya perlu buat. Kenapa pula Allah tidak mahu memberi isteri saya petunjuk? Adakah Allah menyimpan dendam? Atau anda hanya mereka cerita,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihat pasangan tersebut supaya tidak mempedulikan komen-komen tersebut.
Malah, mereka turut mendoakan yang terbaik buat pasangan yang baru setahun mendirikan rumah tangga ini.
Terdahulu, Sarah telah pun mendirikan rumah tangga bersama Otto yang juga merupakan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada tanggal 3 November 2019.
Sejak sebulan lalu, Sarah dilihat sudah tidak lagi berhijab selepas memuat naik beberapa gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Sumber: Instagram Otto Gillen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Jangan Tak Tahu Si Cantik, Qalisha Ray Ini Rupanya Sepupu Neelofa, Pernah Ada Single Sendiri 7 Tahun Lalu
Siapa sangka, si cantik Qalisha Ray ini pernah mempunyai single sendiri sekitar 2011 lalu berjudul Satu Januari.
Malah, dia pernah aktif dalam industri untuk suatu tempoh sebelum mengambil keputusan untuk tidak kekal lagi sebagai penyanyi.
Qalisha atau nama lengkapnya Noor Qalisha Ahmad Rashid juga pernah viral beberapa tahun lalu kerana mempunyai iras selebriti dunia, Kim Kardashian.
Lebih menarik, bintang asal Pasir Mas, Kelantan ini juga sebenarnya merupakan sepupu kepada figura terkenal, Neelofa.
Jadi jom! MH bariskan beberapa foto si cantik berdarah kacukan ini. Memang lawakan?
View this post on InstagramThe tassle details on this dress are giving me major feelsssss ? SO IN LOVE and so much fun!
A post shared by Qalisha Ray (@qalisharay) on
View this post on InstagramA post shared by Qalisha Ray (@qalisharay) on
View this post on InstagramMinnie got me feeling cozy in this weather.. H&M ❌ Moschino #hmmalaysia #hmoschino
A post shared by Qalisha Ray (@qalisharay) on
Foto: Instagram Qalisha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI