Keputusan 12 buah lagu yang layak bersaing di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) sudah pun diumumkan malam tadi.
Bercakap mengenai pemilihan 12 buah lagu terpilih, ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail memetik Harian Metro berkata, pemilihan lagu-lagu tersebut berdasarkan kualiti dan bukan populariti semata-mata.
“Paling penting adalah lagu itu berkualiti dan ada impak dalam industri muzik Malaysia. Kita melihat juga ada lagu yang banyak tontonan dan popular, namun tak berkualiti.
“Ada lagu yang popular disebabkan ia adalah lagu OST (runut bunyi) dan sebagainya. Kita tak mahu lihat kepada berapa banyak tontonan,” katanya.
Sementara itu, Naim Daniel, Haqiem Rusli dan Aina Abdul masing-masing mempertaruhkan dua lagu dalam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) nanti.
Naim berjaya lolos ke AJL36 menerusi lagu Purnama dan Lara nyanyiannya bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli.
Selain Lara, Haqiem layak dengan lagu Mimpi, manakala Aina bakal tampil dengan lagu Sepi dan Nafas Cinta nyanyiannya bersama Khai Bahar.
Tujuh lagi lagu yang turut layak ialah Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).
Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diacarakan Alif Satar dan Sissy Imann.
Selain Mokhzani selaku ketua juri, ia turut membariskan juri profesional seperti Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI