Pelakon dan pengarah filem Mat Tudung Begins, Datuk Fizz Fairuz memasang impian agar buah tangan pertamanya itu dapat mengecap kejayaan sama seperti filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berjaya meraih jumlah kutipan hampir RM100 juta.
Menurut Fizz, tidak salah untuk seseorang itu mempunyai angan-angan demi menggapai kejayaan.
“Untuk menghasil filem ini, saya ada buat sedikit research dan bertanya kepada orang ramai mengenai trend filem Malaysia masa kini. Apa sebenarnya yang mereka mahukan.
“Mungkin filem ini boleh berada di tangga kedua di belakang filem Mat Kilau. Mana kita tahu. Mungkin boleh sampai RM95 juta. Itu hanya target. Angan-angan tak perlu bayar.
“Apa yang saya buat, mesti kena ada target. Saya buat cerita ini untuk orang-orang yang perlukan hiburan. Orang ramai ketika ini sudah muak dengan politik dan hal ekonomi,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, suami kepada pelakon, Datin Almy Nadia itu berharap agar kuasa media sosial sedikit sebanyak dapat mempromosikan filem yang menelan belanja RM1.2 juta.
Ads
“Sewaktu filem Mat Tudung 2014, saya, Izzue Islam dan Nelydia Senrose belum terkenal pun lagi. Kami masih baru dalam industri. Media sosial pun tak serancak sekarang.
“Jadi, bila media sosial sudah menjadi semakin pesat, segalanya boleh dilakukan di hujung jari dan kemudian menjadi trend. Jadi, saya memang mengharapkan kuasa media sosial.
“Oleh itu, seiring perkembagan industri hiburan serta kuasa netizen, insyaAllah filem ini akan berhasil. Paling sedikit pun boleh cecah RM10 juta,” kongsinya lagi.
Ads
Ditanya mengenai kritikan daripada netizen dan beberapa pendakwah bebas terhadap filemnya itu, Fizz menyifatkan perkara tersebut merupakan lumrah sebagai seorang anak seni.
“Terima kasih kepada pendakwah bebas itu kerana viralkan poster filem saya. Walau apapun komen yang kita terima, sebagai anak seni, kita kena lali. Saya sudah berada di dalam industri ini lebih 20 tahun, akan ada yang suka dan tidak.
Ads
“Kalau cepat melatah, kita akan gagal. Saya kena terima apa sahaja kritikan dan cuba menjawab atau membalas semula dengan cara yang betul.
“Kalau ikutkan, filem tahun 2014 itu lagi menonjol penyamaran sebagai wanita itu. Namun, kali ini, saya bagitahu Achey, kita tak payah bersolek. Hanya pakai tudung dan lipstick sahaja.
“Saya tahu batas-batas LPF ini macam mana. Orang luar boleh bercakap apa sahaja. Nawaitu saya untuk hasilkan filem ini hanyalah untuk penyamaran dan bukan untuk ‘memondan’ hari-hari,” akhirinya.
Terdahulu, Mat Tudung Begins mengisahkan mengenai watak Johari yang dilakonkan oleh Fizz yang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada juri The Forbest yang bakal memberi penilaian kepada hotel mereka.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video yang memaparkan pensohor media sosial yang sinonim dengan konten permotoran, Haqiem Jaafar atau Haqiem Stopa yang dilihat hadir ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk memberikan ceramah motivasi menerima reaksi pelbagai netizen.
Ini kerana ada yang menyifatkan dia bukanlah individu yang dirasakan sesuai untuk memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar.
Bagaimanapun, Haqiem sekadar berkongsi pengalaman dalam mengenal erti peluang kedua seterusnya menyebarkan sisi positif kepada mereka, baru-baru ini.
Perkara tersebut turut diterangkan oleh pemuda berusia 23 tahun ini menerusi Insta Stories, sekaligus menjelaskan mengenai situasi sebenar.
“Saya dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir. Ia merupakan satu organisasi yang mencari pekerja-pekerja berkemahiran.
“Dalam masa sama, Belia Mahir juga terlibat dengan pihak sekolah dalam berkongsi tentang ‘peluang kedua’.
“Macam contoh, misalnya pelajar yang pernah gagal dalam SPM, mereka sebenarnya masih ada peluang untuk berjaya.
“Itu yang dimaksudkan dengan peluang kedua. Saya hadir jemputan daripada Belia Mahir,” tulisnya.
Malah, dia tidaklah ‘mengajar’ mereka membawa motosikal sebagaimana yang didakwa, tetapi lebih kepada berkongsi latar belakang dirinya sendiri yang bangkit dari kegagalan.
“Saya tak minta orang kenal saya. Akan tetapi saya ada pengikut tersendiri. Kita sampaikan mesej tentang latar belakang seorang yang pernah gagal, iaitu saya. Mangsa buli siber dan dan juga peluang kedua.
“Kita pun tak ajar mereka bawa motor, main motor, ajar pelajar-pelajar ‘fly’ seperti yang dinyatakan di media-media lain.
“Kita berkongsi tentang seorang yang pernah gagal di dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang besar. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah dan masa depan,” coretnya lagi.
Menitipkan ucapan hari lahir istimewa untuk puteri sulung, Alyea Nai Lina yang genap 14 tahun pada 7 Januari lepas, jelas pengacara, Aidid Marcello dia bersyukur dikurniakan rezeki anak di awal perkahwinan.
Walaupun mencabar dan menduga kesabaran, namun daripada situ dia belajar erti kesabaran dan rezeki.
“Aku dan @norziepwc kahwin 2005
“Berkat nikah malam Jumaat, rezeki Allah bagi kat kitorang seorang puteri 7.1.2006 lahir ke dunia bernama Alyea Nai Lina.
“Budak ni lah yg banyak ajar aku dan isteri istilah kehidupan sebenar, maksud kesabaran & limpahan rezeki yang meluas, Alhamdulillah. .
“2007, berkat rezeki, dia ikut aku dan isteri ke tanah haram, demam 14 hari kat Mekah, mmg spend masa jaga dia jer kat sana, masyaAllah. .
“Kalau drive time baby, asyik muntah macam waterfall siap kena bawak bekas plastic,” tulisnya.
Bapa kepada empat orang anak ini juga meluahkan kesyukuran kerana anaknya memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam tanpa dipaksa.
“Tapi Alhamdulillah, aku syukur sangat dengan dia sebab awal2 tanpa paksaan, dia dah faham apa peranan & tanggungjawab dia sebagai seorang gadis muslim yang soon bergelar wanita.
“Tapi, biasalah depa ni… makin besaq makin banyak pe’el, yelah… dah makin bijak… sebab tu rasanya nak kena letak gambaq depa masa baby, pakai pampers kat bilik depa sebab nak bagi depa selalu ingat pengorbanan kita,” jelasnya.
Malah dia turut menegaskan tidak pernah memaksa si anak untuk cemerlang dalam pelajaran, cukuplah sekadar pandai seimbangkan antara dunia dan akhirat.
“Apapun, aku dah bgtau kat dia. Aku x pernah paksa dia utk dapat straight A dlm belajar, tapi cukuplah sekadar dia tau balancekan ilmu sekolah, manage herself & ilmu agama. .
“Untuk Ana, daddy just nak bgtau yg daddy sayang sangat2 kat ana dan sentiasa doakan Ana menjadi anak yang solehah yang selalu dijaga kearah jalan yang benar. .
“Susah ooo nak bela anak dara ni, pening kepala hahahaha .
“Saya percaya hampa pun mesti ada cerita anak pompuan hampa, cuba share. Antara yang saya rasa sama.
“Mandi berejam / adjust tudung sampai pecah cermin / iron baju lama gila / asyik singgah kedai skin care 🤦♂ / takut matahari dan lain2 hahahaha
“Bye Ana… jangan marah… tatatititutu .
Selamat hari lahir yang ke-14 🎉🎂🍰🎁 .
#aididmarcellofamily #aididitmyway #happybirthday,” tulisnya panjang lebar.
Terkejut menerima mesej berkenaan, Adam atau nama nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah tetap sabar dan menganggap bahawa itu antara ujian dan cabarannya sebagai seorang muaalaf .
“Antara cabaran selepas saya syahadah.. penerimaan masyarakat terhadap saya.
Ini adalah salah seorang si folan terbaru yang saya tidak kenali yang DM saya.
“Itulah cabaran “muallaf” seperti saya. biarlah mereka menyerang kita. Saya doakan mereka diberikan taufik & hidayah. mungkin saya belum cukup sampaikan dakwah kepada mereka yang membenci Islam. .
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu – hujurat :13
“Saya selalu teringat kisah Rasulullah SAW di baling batu oleh masyarkat Thoif. Rasulullah SAW tak marah mereka malah memdoakan kesejahtaraan utk mereka,” luah Adam di ruangan kapsyen.
Foto : Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!