“Paling Tak Pun, Mahu Berduet Dengan Ismail Izzani,” – Aliff Syukri

Share

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia menyimpan hasrat untuk berkerjasama dengan dua penyanyi lelaki popular, Anuar Zain dan Faizal Tahir dalam projek lagu akan datang.

Malah katanya dia memilih dua figura terkenal itu atas tiket populariti serta bakat kedua penyanyi berkenaan.

“Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat. Saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka.

“Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani kerana dia salah seorang bakat baru yang mempunyai populariti dan bakat yang baik dalam bidang nyanyian,” kata Aliff.

Pada masa sama, Aliff yang turut ditemui bersama wakil Datu Entertaiment pada sesi pelancaran single terkininya itu di Kota Damansara, baru-baru ini.

“Dia mempelawa pihak Datu Entertaiment untuk kerjasama dan bila semuanya berbincang kami teruja dan terbuka untuk melakukan beberapa projek bersama Datuk Aliff.

“Sementelah dia sendiri pun sudah sedia dikenali dan kami juga mempunyai syarikat muzik di Indonesia dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

“Malah kami juga turut merancang untuk membuat pelancaran di sana dan sudah pun rangka beberapa promosi untuk Cowok Baru juga,” jelas wakil Datu Entertaiment yang mengikat kontrak bersama usahawa berkenaan selama dua tahun.

Foto: Instagram Ismail Izzani

Published by
Rafiq Mazlan