Berlakon sama menerusi drama bersiri 65 episod, Fasha Sandha menerusi Instagram tidak lama dulu ada memuat naik foto selfienya bersama rakan pelakon, Azar Azmi.
Sambil membayangkan rasa rindu terhadap bekas finalis Pencarian Dewi Remaja 2010 itu, Fasha turut mendedahkan sikap pelakon berkenaan yang disifatkan cukup baik terhadap dirinya.
“Rasa Macam lama tak jumpa dak kecik ni on set la. Sebab bila kami kat Team B, dia kat Team A. Satu drama tapi 2 team. Ni Tiba2 teringat pulak kat dia. Dia ni dak kecik yang baik, hormat orang tua Dan kuat cari duit.
“Paling win bila dia selalu cari kerusi nak bagi kami duduk. Baik kan? Susah nak cari pelakon2 junior yang baik Macam dia. Good luck!,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan komen pelbagai terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini.
Terdahulu, Azar Azmi sebelum ini pernah terlibat di dalam beberapa buah drama dan namanya kian diperkatakan ramai apabila muncul menerusi drama fenomena, Nur 2 dia mendukung watak sebagai Juita.
Sebelum terlibat dalam seni, Azar pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih lapan tahun lalu, sezaman Neelofa, Anzalna dan Izara Aisyah.
Takziah juga diucapkan buat Azar seisi keluarga yang baru sahaja kehilangan nenek tersayang, al-Fatihah.
Sementara Fasha kini sedang menantikan detik melahirkan anak pertamanya hasil perkongsian hidup bersama pelakon, Aidil Aziz.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI