Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah berjaya melangkah ke peringkat akhir Terbuka Artik 2024 apabila mengalahkan wakil Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi.
Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga menewaskan beregu no. 6 dunia itu dengan kutipan mata 21-19, 19-21, 26-24 dalam saingan selama 1 jam 42 minit.
Kini berada di ranking ketujuh dunia, Pearly-Thinaah bakal berdepan dengan beregu no.2 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ming malam ini dalam penentuan kejuaraan.
Imbas kembali, Pearly-Thinaah sebelum ini berjaya bergelar juara Terbuka Hong Kong dan naib juara Terbuka Korea.
Terdahulu, pemain beregu lelaki negara turut berjaya mara keperingkat akhir Terbuka Artik 2024.
Goh Sze Fei danNur Izzuddin Rumsani mempamerkan aksi cemerlang umenewaskan beregu lelaki No. 1 dunia dari, China Liang Weikeng-Wang Chang di peringkat separuh akhir.
BACA JUGA: Izzuddin – Sze Fei Tewaskan Beregu No. 1 Dunia, Mara Ke Pusingan Akhir Terbuka Artik 2024
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan