Pelakon jelita Izreen Azminda atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial Instagram, beberapa hari lalu.
Menerusi posting tersebut, Izreen dilihat ada berkongsi momen ketika menyambut hari jadi dua anak tirinya.
Bukan itu, bintang berusia 34 tahun ini kelihatan sangat penyayang.
“Happy belated birthday untuk arish & happy birthday in advance untuk ariq,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/B6dF_-8nK3rskGlmWsQG7FWthj-KuuIXCF23m80/?igshid=129zyhx2wxve2
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Gambar : Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Saban Tahun Tiada Ramlah Ram Dalam GV; “Saya Belum Bersedia Lagi.”
Penyanyi senior, Ramlah Ram mengakui ramai peminat yang mengharapkan dirinya menyertai program realiti, Gegar Vaganza.
Malah jelasnya lagi, setiap tahun pasti akan ada yang bertanya sama ada dia mahu menyertai program tersebut atau sebaliknya.
“Apabila bercakap mengenai perkara ini, jujurnya saya sangat menghargai bila ramai yang mahu lihat saya berada di atas pentas Gegar Vaganza (GV).
“Tapi apa yang saya katakan di sini, saya belum lagi bersedia setakat ini,” katanya.
Penyanyi Selamat Jalan Romeo ini berkata demikian menerusi segmen #MHLifeStyle Media Hiburan.
Bagaimanapun, bintang asal Johor ini juga tidak boleh memberikan jawapan konkrit memandangkan keputusannya mungkin berubah pada masa depan.
“Tidaklah saya cakap tak mahu masuk terus, sebab hati kita ni boleh berubah-ubah. Kita pun tahu.
“Cuma buat masa sekarang ni… Tak lagi kot. Belum lagilah,” katanya lagi.
Ikuti versi penuh #MHLifeStyle Media Hiburan bersama Ramlah Ram di sini. Banyak lagi perkembangan seni serta sisi peribadi yang dikongsi penyanyi berkenaan.
Foto: Instagram Ramlah Ram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHTRIVIA 10 Fakta Menarik Bekas Isteri Rashidi Ishak, Vanidah Imran. Rupa-Rupanya…
Pengakuan bekas suami, Rashidi Ishak yang memaklumkan perpisahan mereka selepas 17 tahun bersama nyata mengejutkan.
Tambahan pula, pasangan ini selalu menjadi pasangan kegemaran peminat kerana pasangan ini dikatakan sangat secocok bila bersama.
Apa pun, jom kita tengok 10 fakta menarik mengenai heroin filem Wanita Melayu Terakhir, Vanidah Imran
Vanidah atau nama sebenarnya Vanidah Binti Imran telah dilahirkan pada 1 Oktober 1973 di Pulau Pinang namun membesar di Kuala Lumpur.
Lebih gemar dengan nama panggilan Vee, pelakon berusia 46 tahun ini telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Convent, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Ketika Vanida berusia 20 tahun, dia telah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World pada tahun 1993 dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Selepas itu, Vee telah memulakan kariernya sebagai seorang pelakon pada usia 21 tahun. Vanida telah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Aziz M. Osman.
Pada tahun 1 Oktober 2000, Vanidah telah menamatkan zaman bujangnya untuk mengahwini Rashidi Ishak. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata bernama Mikhail Aimran dan Maryam Rashika.
Walaupun telah mendirikan rumah tangga, Vanidah tetap mementingkan soal akademik. Lalu, Vanidah telah melanjutkan pengajian tinggi untuk memperoleh ijazah Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia.
Pada tahun 2007, pelakon yang terkenal di dalam filem misteri The Red Kebaya, telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-20 setelah hampir 25 tahun Vanidah bergelar sebagai anak seni.
Vanidah telah menceburi dalam bidang pengacaraan pada tahun 2011 apabila dia telah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3 untuk mengantikan pengacara terdahulu, Maya Karin.
Menyedihkan, Vanidah telah kehilangan ibu tercinta, Sharifah Bee Binti Abdul Majid pada Disember 2017 akibat komplikasi jantung.
Semalam, Rashidi Ishak telah mengumukan perceraiannya bersama Vanidah. Menurut Rashidi, mereka telah disahkan bercerai pada 1 Ogos 2018 di hadapan hakim Makhamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber : Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mahu Mereka Sentiasa Bercakap & Fikir Tentang Saya,” – Dulu Cepat ‘Sentap’, Tapi Kini Aina Abdul Lebih Tenang Hadap Kritikan Netizen
Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada MH.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aina yang akan bertanding di AJL37 menerusi lagu Terus Hidup memaklumkan dia dan pasukannya akan cuba memberikan persembahan yang ‘memorable’ selain turut berusaha untuk memenangi seberapa banyak anugerah pada malam tersebut.
Bertemakan ‘Dimesi Muzik’, sebanyak 12 lagu bakal dipertandingkan di AJL37 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari 2023.
AJL37 akan dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.
Tiket untuk menyaksikan AJL37 bakal dijual bemula 23 Januari ini di laman web rasmi Tonton bermula pada harga RM50 (Aras 4), RM60 (Aras 3), RM150 (Arena) dan RM300 (Super VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI