“Pandai Eh, Dia Main ‘Salam Kaut’, Pastu Terus Cabut Lari…,” – Norman Hakim Syukur Terharu, Anak Gadis Pula Hulur Duit Belanja

Share

Pelakon dan hos, Norman Hakim menyatakan rasa terharu dan syukur apabila anak perempuannya, Marissa Dania turut tampil menghulurkan duit belanja.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri, The Maid itu ada berkongsi di Instagram yang memaparkan anak lelakinya, Danish Hakim telah memberi wang perbelanjaan kepadanya.

Menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini, Marrisa kelihatan malu-malu apabila wajahnya ingin dirakam Norman sebagai tanda ingatan.

“Bagi duit belanja kata dia. Masya-Allah, terima kasih sayang,” ucap Norman sejurus menerima wang pemberian anaknya itu.

Sebak atas pemberian anak-anak, Norman turut berdoa semoga mereka dilimpahkan keberkatan atas amal yang dilakukan.

“Nikmat rezeki & kasih sayangNya yang tak bersempadan.Allah terlalu baik.Dia pilih anak perempuan saya pulak untuk hulur ‘duit poket’ selepas abang dia buat sebelum ni.

“Saya sebak bukan sebab dapat duit, tapi sebab nikmat, rahmat & barakah rezeki yang Allah bakal gandakan buat anak2 saya inshaa-Allah diatas jariah mereka buat keramat hidup mereka.

“Ada yg tanya mcmana didik anak untuk bagi kita duit belanja. Benda ni mana ada istilah ‘didik’. Paling tepat ‘we lead by example’. Apa yang kita buat pada ayah mak kita,itulah yang anak2 akan belajar dan buat pada kita semula,” tulisnya.

Dengan rasa syukur, Norman turut mengakui dia melihat kesungguhan anak-anak yang cuba berdikari sepanjang tempoh Penguatkuasaan Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana mereka ikhtiar mendapatkan pendapatan menerusi atas talian.

“Alhamdulillah hikmah disebalik pkp. Saya nampak ikhtiar anak2 untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yg kita buat. Diorang nampak ikhtiar untuk sara hidup kami sbb diorang tau yang papa, mama, mummy, abah diorang bukan asal dari orang senang.

“Long story short, terima kasih banyak2 cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini. Pandai eh, dia main ‘salam kaut’ je pastu tu terus cabut lari dalam rumah. Terpinga2 papa ingat duit apa la ni kat tangan. Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sbb baby belum buat income sendiri lagi tau cayang.

“Papa doakan anak2 papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb,” tulisnya panjang lebar.

Melihat ke ruangan komen, rata-ratanya kagum dan turut tumpang gembira atas ingatan si anak buat bapa tercinta.

Posting berkenaan sehingga kini sudah menerima lebih 42,000 komen beserta ratusan komen yang ditinggalkan peminat.

Foto: Instagram Norman Hakim

Published by
MH