Wawa Zainal menerusi laman Instagram miliknya berkongsi sekeping foto Hayla berposing lengkap dengan persalinan putih bersama beg tangan dan kaca mata.
Jelasnya, kanak-kanak zaman sekarang cukup bijak bergaya lebih-lebih lagi anak perempuan. Berbeza dengan anak lelaki yang kelihatan lebih bersederhana.
“Hasil dia shopping smlm. Semua pilih sendiri termasok warna Kuku tu pastu buat sendiri, cpt nya membesar. .pandai nya budak2 zmn skg bergaya.
Ads
“Beza budak pompuan dgn budak laki. hayla Kalau g shopping mall semua benda nak beli. Kalau attar 1 je cukup .. fuhh tarik nafas ada dua anak pompuan da bergaya la puas2 skg ye wahai anak .. sikit tahun lagi pakai Tudung pulak hehe,” tulisnya.
Penampilan Hayla lagak superstar itu turut menarik perhatian netizen, rata-rata memuji dan memberi reaksi di ruang komen.
Ads
Sekadar imbasan, Wawa selamat melahirkan anak ketiga pada 1 Disember lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto : Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lapan tahun lalu anak lelaki Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali dengan nama popular Dul telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang mengakibatkan tujuh orang meninggal dunia. Dul yang dikatakan terbabas setelah memandu laju kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dihadiahkan ayahnya itu sedang dalam perjalanan pulang dari Bogor ke Jakarta.
Kejadian tersebut berlaku pada tanggal 8 September 2013 di Tol Jagorawi dan menjadi perhatian media bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga. Mana tidaknya, anak bongsu hasil perkahwinan Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty, ketika itu baru sahaja menginjak usia 13 tahun. Menjadi persoalan umum bagaimana remaja semuda itu sudah dibenarkan memandu kereta.
Walaupun kecuaiannya itu mengakibatkan tujuh orang meninggal dunia, Dul yang didapati bersalah telah dibebaskan kerana bersikap baik sepanjang proses penghakiman. Hakim ketika itu turut menyatakan yang berlakunya perjanjian perdamaian di antara keluarga mangsa dan keluarga popular Indonesia ini.
Menyingkap kembali kisah ini, vokalis kumpulan Dewa 19 itu dalam satu temubual bersama pengacara terkenal, Deddy Corbuzier, telah berkongsi tentang hal tersebut ketika pengacara itu bertanya mengenai pandemik Covid-19 yang merubah banyak perkara termasuk perniagaan mereka.
“Kalau anda masih ingat, saya masih menanggung janda-janda yang suami mereka dilangar oleh Dul. Wang untuk membayar mereka adalah hasil dari pendapatan Masterpiece (pusat karaoke miliknya). Tetapi janda-janda itu tidak peduli, harus tetap ada bayaran tersebut sama ada saya ada atau tidak ada,” ujar Ahmad Dhani.
Bila ditanya sama ada perjanjian tersebut memiliki dokumen hitam putih. Ahmad Dhani menyambung lagi cerita, “Tiada. Perbuatan tersebut atas dasar moraliti. Kerana sudah berjanji. Saya harus menanggung sampai anak-anak mereka selesai kuliah. Dari 2013 sampai sekarang saya menanggung. Kini apabila Dul sudah dewasa, Dul sudah boleh bekerja dan dia menanggung satu janda dan saya menanggung lima janda yang lain.”
Sekadar informasi, Dul yang kini berusia 21 tahun merupakan seorang penulis lagu, penyanyi dan juga pelakon. Dia yang membesar dalam dunia muzik menerusi pembabitan dalam kumpulan Lucky laki bersama dua lagi abangnya, pertama kali mencuba nasib dalam bidang lakonan menerusi filem Dear Imamku yang ditayangkan pada musim Aidilfitri tahun ini di Indonesia.
Setelah bersiaran selama lapan episod menerusi program prelude, akhirnya, pentas sebenar program pencarian bakat, Hero Remaja 2021 bakal membuka tirainya tidak lama lagi.
Hero Remaja 2021 yang kini telah memasuki edisi ke-11 bakal menggandingkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar selaku hos.
Bagi kerusi juri tetap pula, pihak Majalah Remaja dan Astro telah pun bersepakat untuk mengembalikan semula tugas tersebut buat pelakon dan pengacara popular, Scha Al-Yahya selain turut akan dibantu oleh pelakon senior yang sinonim dengan jolokan ‘Hero Malaya’ iaitu Datuk Rosyam Nor.
Sekiranya anda terlepas untuk menyaksikan program prelude sebelum ini, nah, ini dia 12 barisan finalis yang akan bersaing merebut gelaran Hero Remaja 2021;
Rakaman program ini bakal berisaran selama lapan episod pada setiap hari Sabtu bermula 11 September ini jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Pengalaman bersama-sama 12 finalis ‘Hero Remaja 2021’ ini turut boleh disaksikan menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja.
Mulai 22 September 2021, 8 buah ‘webepisode’ baharu akan disiarkan menerusi saluran YouTube Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan para peminat.
Sekadar informasi, penganjuran program mencari bakat, Hero Remaja 2021 ini merupakan sebuah lagi kerjasama strategik diantara Astro dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat yang mula dianjurkan pada Disember 2020 telah dilakukan secara atas talian buat kali pertama dalam sejarah seiring dengan norma baharu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan ketika pandemik Covid-19 ini.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi momen ketika membuat lawatan serta menyampaikan dakwah kepada banduan di Penjara Kajang.
Kongsi Ebit, dia tidak dapat menahan rasa kesedihan apabila melihat keterujaan penghuni penjara yang gembira dapat bertemu secara empat mata bersamanya.
“Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.
Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang buat hati ini menangis.
“Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teresak-esak tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah.
“Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih je. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara.
“Sebak tengok mereka menangis. Kita belum tahu nasib akhir kita. Hanya ampunan dan reda Allah yang kita harapkan,” tulisnya.
Melangkah ke sel banduan akhir. Jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara…