Selepas mendedahkan anak sulungnya Seth Uwais mengidap autism tahap satu, penyanyi Shila Amzah ada membuka ruang soalan di Instagram Stories untuk berinteraksi bersama para pengikutnya.
Antara soalan yang diajukan adalah sama ada bekas suaminya, Haris Idraki Elias ada mengambil maklum mengenai keadaan anaknya itu.
Jawab Shila, tugas bapa ketika ini telah digalas oleh suaminya Ubai dan dia amat mengambil berat tentang perkembangan Seth Uwais.
“Panggilan papa adalah untuk Ubai dan memang Ubai yang mengambil langkah proaktif terhadap Seth sebagai ‘bapa sambung’.
“Untuk menjawab soalan anda, ya Ubai sangat mengambil berat dan penyayang terhadap seth. Alhamdulillah,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Memori Tercipta ini juga mengakui amat bersyukur dengan kehadiran Ubai yang banyak membantu dan mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik meskipun sibuk dengan jadual sebagai anak seni.
“Saya memang ada pembantu di rumah tapi pada masa sama, tulang belakang saya ketika ini adalah suami saya.
“Saya dapat melalui banyak detik sukar sejak dengan sokongan suami. Dua tahun kebelakangan ini memang mencabar buat saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shila turut memuji sikap Ubai yang amat menyangi Seth dan mahu sama sama membesarkan anak tersebut.
“Alhamdulillah. Memang syukur sangat. Seth memang memerlukan bimbingan seorang bapa yang baik dan betul-betul luangkan masa mengenali dia.
“Lepas ada Ubai, saya sudah tidak keseorangan uruskan Seth,” kongsinya.
Sekadar informasi, Shila dan Ubai telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023.
Mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI