Pelakon Dayana Roza berterima kasih kepada Pasukan Bomba & Penyelamat selepas mereka berjaya menangkap seekor ular sawa yang lari bersembunyi di dalam kolam buatan kediaman.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan, kejadian berlaku selepas sahur awal pagi tadi.
“Ular try nak makan Leo (burung peliharaan) tapi tak berjaya, pastu dia lari menyorok dalam pond sebab terkejut dengan laki i agaknya.
“Nasib la my husband lepak depan rumah time lepas sahur. Panik i dengar my husband menjerit ingat ada perompak,” tulisnya menerusi pautan video yang dikongsikan.
Dia pada masa sama memuji kecekapan serta tindakan pantas pihak bomba kerana berjaya menangkap haiwan eksotik berkenaan.
“Thank you abang bomba dari Balai Bomba Ampang. Laju diorang sampai tadi. Memang betul-betul cepat & mesra. Terima kasih,” terima kasih.
Video yang dikongsikan Dayana turut mendapat reaksi daripada para peminatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/oaroBHHqN-A
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Fikirlah Wahai Kerajaanku Sayang. Tolong Repost Mesej Ini,”- Sharnaaz Ahmad
Bersempena dengan bulan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, kibaran Jalur Gemilang kini semakin menghiasi jalan raya, bagunan, permis dan sekolah.
Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut berkongsi perasannya sebagai 'anak Malaysia' yang sudah merdeka dan bebas dari berlakunya pertumpahan darah.
"Bendera sesebuah negara ibarat maruah dan perjuangan yg dibayar dgn darah dan keringat org terdahulu, ya aku tau bendera ni hanya berharga 4.99 sen sahaja boleh dapat di kedai tepi jalan, tetapi apakah nilainya hari ini kalau tidak ada darah yg mengalir dan jasad pejuang negara gugur untuk kecapi keberadaan Malaysia hari ini.
"Malaysia hari ini maju, bebas berbicara dan mempersoalkan sesuatu isu tanpa rasa gentar kerana tiada ISA," tulis pelakon filem Juvana itu.
Malah, Sharnaaz juga menjelaskan maksud disebalik warna Jalur Gemilang yang mempunyai empat warna berbeza iaitu merah, putih, kuning dan biru.
"Tapi sedarlah wahai seluruh rakyat Malaysia, setiap maksud didalam bendera malaysia sungguh menyeluruh dan tepat, jika satu daripadanya diusik dan cubaan ancaman, keamanaan negara sgt dalam bahaya.
"Seruan ini buat kerajaan yg disayangi, kami sayang Malaysia, kami taknak pertumpahan darah.. tetapi jika anda tidak mengambil langkah sebaiknya, pasti gugur bendera ini dan perjuangan org terdahulu.
"Fikirlah wahai kerajaan ku sayang.. tolong repost msg ini biar sampai ke majlis tertinggi kerajaan Malaysia.. ikhlas dari anak melayu yg hidup aman damai selama 34 tahun," tulisnya lagi.
Sharnaaz bertindak berkongsi sedemikian kerana pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di beberapa buah lokasi baru-baru ini.
Bagaimanapun, isu tersebut sudah selesai apabila Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyiasat bahawa tiada tujuan mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di lokasi berkenaan.
Sebaliknya, ia adalah kesilapan yang jujur dan dipasang oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.
Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Pulak ‘Wanita Yang Berhati Mulia’ Offer Diri – Selepas Keguguran, Elizad Sharifuddin Mengaku Ada Yang Tawar Diri Nak Jadi Madu!
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin memberitahu ada menerima ‘direct message’ (DM) daripada pengguna media sosial menerusi Instagram miliknya.
Kongsinya, ada segelintir wanita yang rela hati menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya selepas bintang itu disahkan mengalami keguguran minggu lalu.
Terdahulu, usia perkahwinan Elizad sudah mencecah usia 5 tahun namun masih belum ada rezeki cahaya mata.
“Salam Jumaat yg barakah kesayangan semua. Hari ni nak sedekah senyuman . Al maklum la terima DM, ada pulak “wanita yg berhati mulia “ offer diri nak jadi “ MADU “.
“Katanya setelah terdengar hakak keguguran. NAK REPLY APA EH?!,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa hashtag.
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Sebelum ini, bintang drama bersiri Syurga Yang Kedua ini telah menjalani rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata bersama.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Bantahan, Kita ‘Playback’ Balik,” – Kalau Peserta Balas Komen Juri, Ada Caranya Kata Ramli MS
Juri tetap Gegar Vaganza (GV), Datuk Ramli MS mendedahkan dia bersama dua juri tetap GV9 iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sepakat untuk memberikan komen berkaitan apa yang dipersembahkan para peserta sahaja.
Ramli berkata, perkara tersebut dilakukan bagi memastikan setiap komen yang diberikan dapat memberikan input baik kepada bintang bertanding.
“Saya sudah berbincang hal ini dengan rakan juri lain iaitu jangan menilai kepada apa yang penyanyi atau peserta itu tidak buat.
“Jadi profesional daripada segi kalau dia cakap bulat, kau cakap empat segi, ia tidak berkaitan. Jadi kalau dia cakap bulat, kita pun komen bulat, peserta tidak boleh sangkal.
“Bunyi tidak pernah menipu. Jadi penyanyi pun jangan ‘merepek’ atas pentas. Pada masa sama, juri kena hormati peserta yang pandai menyanyi. Kalau dia salah, kita cakap salah.
“Sekiranya dia ada bantahan, kita ‘playback’ balik persembahannya. Begitulah. Akan tetapi melihat kepada GV, saya sebagai ketua juri dan pengarah muzik, setiap Jumaat kita sama-sama berlatih dan beri nasihat,” katanya kepada MH.
Maestro muzik berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media GV9 yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.
Mengulas barisan peserta GV edisi terbaharu, Ramli menyifatkan bintang yang bertanding mempunyai kehebatan tersendiri.
“Sengit…Sangat sengit. Ramai ‘fighter’ dalam penyertaan tahun ini. Bagi saya mereka sudah ada kualiti seorang penyanyi.
“‘Parang’ diaorang memang ‘tajam’. Tinggal lagi, bagaimana mereka untuk menggunakan ‘parang’ itulah.
“Penonton akan mendengar nyanyian mereka setiap minggu. Akan tetapi sebagai juri, kita akan tapis dan berbincang dari segi persembahan.
“Usah terlalu nak ‘go’ siling sangat. Sebab ada 10 minggu. Sebagai pengarah muzik, saya akan tapis perkara itu. Nanti siling mereka akan habis. Kita manusia, ada had,” katanya lagi.
Kali ini, 13 penyanyi bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini yang terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.
Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI