Berderau darah pelakon Datin Elvina Mohamad apabila anak lelakinya, Karl Mateen, 4, terlibat dalam kemalangan ketika sedang berbasikal sehingga terjatuh ke dalam longkang pada Isnin.
Perkara itu dikongsikan Elvina atau Norzalina Mohamad, 28, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Ya Allah, macam nak tercabut jantung ni semalam. Panik gila semalam tengok darah penuh di mulut dan hidung.
“Karl accident masuk longkang main basikal. Dan… nasib baik sebelum main tu, daddy dia paksa suruh pakai helmet dulu, baru boleh main basikal.
“Betullah orang kata instinct ibu bapa ni kuat, kalau tak pakai helmet tak tahulah apa jadi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Elvina bagaiamanpun bersyukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan serius susulan insiden tersebut.
Pelakon Takdir Yang Tertulis itu juga turut memuat naik gambar kecederaan yang dialami oleh Karl.
“Alhamdulillah, nasib baik cedera luka di luar sahaja, tak ada patah-patah, tiada yang serius.
“Daddy dia (suami Elvina) nak bagi sedap hati I cakap, ‘anak lelaki memang macam ni, baru jantan’.
“Ohhh nooo!! Rasa macam nak sorok semua basikal motor semua tu tak nak bagi main dahhh!!
“Tapi bangun pagi ni benda first dia tanya basikal dia rosak tak dan turun-turun bawah terus check basikal siap test bawa lagi.
“Macam mana mommy nak stop dia kalau dia sendiri pun macam tak serik-serik. Perangai bapak dia,” coret Elvina lagi.
Untuk info, Elvina berkahwin dengan Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.
Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI