Pelakon dan uahawan kosmetik, Rozita Che Wan merupakan salah seorang artis yang acap kali bersuara mengenai isu perampas.

Lalu, MH difahamkan ada juga para wanita yang mengadu domba pada Che Ta mengenai masalah rumah tangga mereka.

Mungkin disebabkan seringkali menjadi tempat ‘aduan’, jadi Che Ta memuat naik satu ‘Tweet’ mengenainya.

“Orang perempuan ni pantang tengok laki orang elok sikit. Cepat ja dia nak qentap. Tapi hat jantan tu pun jenis gatai.

“Adoii, ramai sangat yang dok DM kami cerita pasai qumah tangga depa, macam kita ni Menteri Pembangunan Wanita pulak,” luahnya.

Ads

Wow! hebat tu. Mungkin mereka ini mendapatkan nasihat daripada Che Ta apatah lagi umum mengetahui keadaan keluarganya yang bahagia itu.

Menjengah ke ruangan komen, MH lihat ada peminat yang menyokong sekiranya Che Ta ingin masuk bertanding untuk PRU akan datang.

Ads

“Pantang Tengok Laki Orang Elok Sikit. Cepat Ja Dia Nak Qentap,” – Setepek Che Ta Bagi!

Ads

“Pantang Tengok Laki Orang Elok Sikit. Cepat Ja Dia Nak Qentap,” – Setepek Che Ta Bagi!

Apa-apapun, pada MH kalau Che Ta nak bertanding PRU pun apa salahnya kan?? Yang penting, Che Ta ni memang lucu.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI