Hiburan

“Papa Jangan Berani Nak Cari…,” – ‘Warning’ Diana Rafar Buat Zamarul Hisham Bikin Netizen Terhibur

Share

Pelakon, Diana Rafar secara berseloroh mengingatkan suaminya yang juga merupakan aktor terkenal, Zamarul Hisham untuk menjaga batas pergaulan dengan pelakon-pelakon wanita di set penggambaran.

Menurut Diana, dia faham sekiranya para pelakon mempunyai cara tersendiri untuk mencipta keserasian di dalam lakonan namun, haruslah tidak berlebi-lebihan.

“Shooting shooting juga, Papa jangan berani eh nak cari chemistry dengan orang sampai nak lebih-lebih tolong orang lain,” tulisnya.

Peringatan itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan G.I.M itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Malah, hantaran tersebut turut mendapat respon Zamarul di ruangan komen.

“Adoi, sampai sini dia bagi pesanan,” balas Zamarul.

Menjengah lagi ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut terhibur dengan hantaran tersebut selain turut menyifatkan peringatan itu sangat penting dikala isu rumah tangga melibatkan pasangan selebriti kini sedang hangat diperkatakan.

“Sebagai jiran paling dekat, saya akan pantau juga kak. Kalau lebih dari seorang saya roger. Kita pantau satu sama lain okay,” komen pelakon, Syatilla Melvin.

“29 tahun berlakon, tak pernah cuba nak mencari chemistry bagai dengan pelakon lelaki. Habis nak balik cepat sahaja. Nak tidur,” kata pelakon, Azza Elite.

“Saya sebagai wanita, saya setuju dengan amaran ini,” balas pelakon, Riena Diana.

“Pesanan ringkas dan padat,” kata Yuna Rahim.

Sekadar informasi, Diana dan Zamarul telah mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf