Kumpulan The 1975 dan vokalisnya, Matty Healy menghadapi tuntutan mahkamah daripada Syarikat penganjur Good Vibes Festival (GVF), The Future Sound Asia yang menuntut ganti rugi $2.4 juta atau RM11 juta.
Ini berikutan insiden yang mana Matt Healy melanggar kontrak dengan memberikan ucapan yang mengkritik undang-undang anti-LGBT Malaysia dan kemudian mencium rakan sekumpulan, Ross MacDonald.
Peraturan yang termaktub dalam kontrak itu termasuk mencium, mengumpat, merokok dan minum minuman keras di atas pentas, menanggalkan pakaian dan bercakap tentang politik atau agama.
Dalam kejadian yang berlaku pada 21 Julai 2023, ekoran tindakan tidak munasabah tersebut, GVF terus diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan agar dihentikan serta merta biarpun masih berbaki dua hari penganjuran.
Insiden tersebut bukan sahaja mengundang kemarahan para pengunjung yang sudah membuat bayaran penuh bahkan turut mendapat kritikan dari selebriti lain yang bakal membuat persembahan.
Julian Casablancas dari Kumpulan The Strokes misalnya yang dijadualkan untuk melakukan persembahan pada 23 Julai, telah menyelar tindakan tersebut dengan menyatakan setiap orang harus harus berpengetahuan dan menghormati budaya setempat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI