Penerbit Jaja Ishak menampilkan kelainan menerusi telefilem Rahsia Kelabu, yang mengangkat kisah hubungan dua beradik lelaki sebagai tema utamanya.

Telefilem ini bakal menemui penonton pada 29 Mac, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

Tidak seperti kebanyakan karya yang menumpukan kisah cinta, naskhah berkenaan lebih menekankan elemen kekeluargaan dan konflik emosi antara adik-beradik.

Membariskan para pelakon hebat seperti Kamal Adli, Yusof Hashim, Khatijah Tan, Nelissa Nizam, Hazrat Muaz dan ramai lagi, karya ini turut mendapat sentuhan pengarah tersohor, Isma Yusoff.

“Rahsia Kelabu menampilkan kisah antara dua beradik lelaki. Kami memberikan fokus terhadap cerita yang mempunyai tema kekeluargaan dan hubungan adik-beradik.

“Menariknya, telefilem ini juga menyuntik elemen thriller dalam jalan ceritanya,” kata Jaja.

Ads

Papar Dilema Adik-Beradik & Ada Elemen Thriller, Penerbit Perjelas Tema Utama ‘Rahsia Kelabu’ – “Gara-Gara Sikap Ibunya Yang Pilih Kasih…”

Isu Pilih Kasih 

Rahsia Kelabu membawa realiti kehidupan sebuah keluarga yang dibayangi sikap pilih kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya.

“Ia mengisahkan seorang ibu, lakonan Khatijah Tan, yang mempunyai dua anak lelaki tetapi lebih menyayangi si abang sehingga membuat si adik rasa tersisih.

Ads

“Watak abang, Rahimi, dilakonkan oleh Kamal Adli, manakala watak adik, Rizal, dibawakan oleh Yusof Hashim.

“Gara-gara sikap ibunya yang pilih kasih, Rizal memendam rasa sehingga menimbulkan perasaan dendam,” jelasnya.

Pengajaran Buat Ibu Bapa

Sebagai penerbit, Jaja turut berharap Rahsia Kelabu bukan sekadar hiburan, tetapi mampu memberi kesedaran kepada penonton, terutamanya ibu bapa, tentang kesan pilih kasih dalam keluarga.

“Sudah pastinya saya berharap karya ini mendapat sambutan. Namun begitu, apa yang saya benar-benar impikan cuma satu.

Ads

“Saya berharap naskhah ini menjentik hati penonton, terutamanya ibu bapa, untuk tidak bersikap selektif atau pilih kasih dalam menyayangi anak-anak,” katanya lagi.

Papar Dilema Adik-Beradik & Ada Elemen Thriller, Penerbit Perjelas Tema Utama ‘Rahsia Kelabu’ – “Gara-Gara Sikap Ibunya Yang Pilih Kasih…”

Papar Dilema Adik-Beradik & Ada Elemen Thriller, Penerbit Perjelas Tema Utama ‘Rahsia Kelabu’ – “Gara-Gara Sikap Ibunya Yang Pilih Kasih…”

Papar Dilema Adik-Beradik & Ada Elemen Thriller, Penerbit Perjelas Tema Utama ‘Rahsia Kelabu’ – “Gara-Gara Sikap Ibunya Yang Pilih Kasih…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

View this post on Instagram

A post shared by Jaja Ishak (@jajaishak)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI