Meneruskan kejayaan tahun lalu, Farmer’s Village kini kembali dengan bufet Ramadan yang lebih ‘kaw’ dan menarik!

Bermula dari 2 Mac hingga 13 April, destinasi makan berkonsepkan suasana dalam kebun ini menyajikan lebih daripada 50 jenis hidangan dalam suasana desa yang nyaman, sempurna untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai.

Menurut pengasasnya, Datuk Peter Ng Thean Lai, tahun ini mereka berkolaborasi dengan Restoran Kaw Kaw bagi memastikan setiap hidangan lebih istimewa.

“Kami menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang lebih ‘kaw’! Dengan ruang ballroom yang lebih luas, lokasi ini mampu menampung sehingga 1,200 orang.

“Selain menikmati hidangan dengan harga berpatutan, pengunjung juga boleh melawat ladang seluas 10 ekar yang dipenuhi dengan pelbagai tarikan, sambil menikmati pemandangan hijau yang mendamaikan.

“Tahun lalu, ramai pengunjung dari pelbagai kaum datang berbuka bersama. Tahun ini, kami mengekalkan semangat muhibbah dan mengalu-alukan semua untuk turut serta sehingga sambutan Aidilfitri nanti,” katanya.

Ads

Para Influencer Pun Hadir, Bufet Ramadan ‘Kaw’ Dalam Suasana Nyaman Kebun – “Boleh Juga Lawat Taman Seluas 10 Ekar…”Para Influencer Pun Hadir, Bufet Ramadan ‘Kaw’ Dalam Suasana Nyaman Kebun – “Boleh Juga Lawat Taman Seluas 10 Ekar…”Para Influencer Pun Hadir, Bufet Ramadan ‘Kaw’ Dalam Suasana Nyaman Kebun – “Boleh Juga Lawat Taman Seluas 10 Ekar…”Para Influencer Pun Hadir, Bufet Ramadan ‘Kaw’ Dalam Suasana Nyaman Kebun – “Boleh Juga Lawat Taman Seluas 10 Ekar…”Para Influencer Pun Hadir, Bufet Ramadan ‘Kaw’ Dalam Suasana Nyaman Kebun – “Boleh Juga Lawat Taman Seluas 10 Ekar…”

Berbaloi & Hidangan Berbuka Yang Best!

Sementara itu, Pengarah Urusan Farmer’s Village, Shirley Chong Shir Ting, turut memaklumkan, pihaknya menawarkan harga berpatutan supaya lebih ramai dapat menikmati pengalaman berbuka di sini.

“Tempah awal dalam tempoh lima hari sebelum berbuka dan nikmati potongan harga serendah RM55 sekepala daripada harga asal RM88.

“Untuk tempahan berkumpulan (10 orang ke atas), setiap individu akan mendapat sekali lagi makan bufet secara percuma.

Ads

“Setiap hari, kami mensasarkan 500 tetamu, tetapi harapannya lebih ramai hingga mencecah 800 orang sehari dengan pakej kumpulan yang menarik,” katanya.

Apa yang menarik, semua bahan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam sendiri di ladang, menjadikan setiap hidangan bukan sahaja lazat tetapi juga berkualiti tinggi.

Antara menu yang wajib dicuba termasuk Ayam Ungkep, Ayam Masak Merah, Gulai Kawah, Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.

Bufet ini juga dibuka sehingga 10.30 malam, membolehkan pengunjung berbuka dengan santai sambil menikmati pelbagai juadah dengan sepuas hati.

Ads

Suasana Nyaman Waktu Berbuka

Bukan hanya makan-makan, Farmer’s Village turut menyediakan hiburan untuk menceriakan suasana berbuka.

Nikmati persembahan busking, pertunjukan khas serta cabutan bertuah setiap malam—confirm berbuka jadi lebih meriah

Untuk yang mahu lebih kepuasan, boleh cuba Ramadan Kombo Set berharga RM150, lengkap dengan hidangan istimewa untuk kumpulan lebih besar.

Malah rakan pempengaruh media sosial turut yang dijemput khas pada sesi pelancarannya baru-baru ini bagi sama-sama merasai sendiri pengalaman iftar di sini.

Sementara itu, mereka menyajikan pelbagai hidangan istimewa berasaskan masakan Cina Muslim seperti Uncle Farmer Chicken, Sup Sirip Ikan (Shark Fin Soup), Sup Ayam Kelapa serta seafood segar yang menyelerakan, sepanjang tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI