Pelawak dan penyanyi, Achey mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk mengecilkan ruang parkir di kediaman barunya.
Penambahbaikan itu dibuat demi menyediakan ruang khusus buat kedua orang tuanya yang kian uzur.
Jelasnya lagi menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, ruang parkir diubah suai menjadi sudut ruang tamu sebagai pesan dan kemudahan ibu bapanya.
View this post on InstagramA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Malah, ruang sama turut menyediakan sebuah tandas khas.
“Parking yang dulu boleh muat 4 biji kereta di ubah menjadi 2biji sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah.
“Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya ituu, buatkan satu toilet kecil untuk diorang jugak.. setle.. #10tahunimpian,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Achey sebelum ini ada berkongsi mengenai kediaman baru berupa rumah tiga tingkat yang menjadi impiannya selama 10 tahun.
Untuk rekod, Achey atau nama sebenarnya, Mohd nasir Hamzah mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011 dan pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.
Foto: Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aib! Yang Tidak-Tidak,” – Ayda Jebat Payung Foto Lama Demi #UntilTomorrow, Kening Bentuk Lintah Jadi Perhatian
Sebagaimana kebanyakkan pengguna media sosial lainnya, penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat juga tidak melepaskan peluang menyahut cabaran terkini, #UntilTomorrow.
Memuat naik beberapa keping foto serta video lamanya kira-kira enam tahun dulu, perkongsian penyanyi Better Than You ini nyata mencuit hati ramai, khasnya peminat bintang popular berkenaan.
“Aib! 2014 lagi Nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan takde suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.
“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni.
“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ?
“Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!,” tulisnya pada satu entri.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Dalam pada itu, para peminat dilihat turut sama memberikan reaksi, terhibur dengan gelagat serta penampilan bintang ini pada zaman awal remajanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu dan muzik video Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara ini sehingga 14 April depan.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Sudah boleh disaksikan di YouTube, muzik video lagu berkenaan sudah pun ditonton lebih 20,000 tontonan setakat ini.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Semoga Jadi Anak Solehah, Taat…,”- Ucapan Stacy Buat Anak, Ini Foto Sekitar Majlis Hari Jadinya
Beberapa hari lalu, pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy ada meraikan ulang tahun anak angkat mereka, Bella Valentina yang kini sudah pun mencecah usia 7 tahun.
Meski sudah pun mempunyai seorang cahaya mata sendiri, namun si cilik yang sinonim dipanggil Bella itu sudah pun sekian lama dijaga Stacy sejak dia mendirikan rumah tangga lagi.
Menerusi salah satu entri di Instagram, penyanyi Cakap Ke Tangan ini turut memberi dedikasi istimewa bersempana ulang tahun kelahiran anaknya itu.
“Happy belated Birthday Bella Deluna Afiq Hakim. Mami Dady and Eshaal loveee u so much!! Sudah masuk 7 tahun ni makin berani mencuba dan kurang sikit sudah tu malu2 walau gigi depan belum tumbuh habis.
“Yang penting yakin dia blg si bey. X rugi U belajar ikut dance di tv selama ni bey. Thank you Uncle @wadiridhzuwan and the geng @freakshow.crew @teamsquadmy sebab dapat bagi beyya rasa Cinggg jadi jenny blackpink semalam.
“Semoga menjadi anak yang solehah,taat kepada mami dady dan semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya Aminnn…Terima kasih kepada semua yang terlibat semalam,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on
Ini dia sekitar majlis ulang tahun hari jadi anak mereka yang cukup meriah!
View this post on InstagramA post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on
View this post on InstagramA post shared by Beyya&Eshaal (@beyshal) on
Foto: Instagram Stacy/Beyshal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Kerana MLS3, Ini Impian Sejak Kecil,”- Namie Umum Berhenti Terus Jadi Guru, Mohon Maaf Sebab…
Enggan lagi mahu berselindung, personaliti media sosial yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie akhirnya mengesahkan telah secara rasmi berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bukan kerana penyertaannya di MLS3, sebaliknya ia telah diputuskan sejak bulan tiga yang lalu.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah memasang impian untuk bergelar selebriti sejak usianya masih kecil.
“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya sebenarnya sudah berhenti sebagai seorang guru sebab ingin mengejar impian di dalam industri seni.
“Saya tolak tepi segala tomahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan. Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak bulan Mac lagi.
“Saya terpaksa sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu mental dan privasi saya terganggu. Saya merahsiakannya demi kebaikkan diri dan keluarga.
“Kalau saya beritahu lebih awal, sudah tentu ia akan mengganggu perjalanan saya di MLS3. Terimalah saya seadanya dan terima saya juga di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Pendedahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Namie sewaktu sidang media selepas tamat program MLS3 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Jumaat.
Jelas Namie lagi, antara salah satu sebab dia memutuskan untuk berhenti adalah kerana tidak mahu mencalarkan imej profesionalisme seorang guru.
“Perjalanan ini sudah ditentukan tuhan. Proses berhenti langsung tidak menyusahkan saya. Sewaktu putuskan nak berhenti, dua orang pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpa saya.
“Kami bertemu dan mereka bertanyakan keputusan saya ini. Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adakah pihak tuan akan suka?
“Jadi mereka hormati keputusan saya. Ketika bergelar guru, saya memang sudah aktif di media sosial. Walaupun konten saya bukannya negatif tapi ada kalanya saya berpewatakkan wanita atau jadi bodoh-bodoh sikit.
“Saya tak mahu perkara tersebut mencalarkan imej perguruan saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Namie mendedahkan pada awalnya memang agak sukar namun, dia telah membuktikan apabila diumumkan selaku juala MLS3.
“Penerimaan keluarga pada mulanya memang agak sukar tapi saya buktikan dengan kejayaan saya. Mereka pun nampak saya ke bidang ini bukan suka-suka.
“Ketika bagitahu kepada isteri pula yang saya nak berhenti, respon dia mudah ‘berhenti jelah’ kerana dia kenal saya. Dia tahu apa yang saya suka dan tak suka. Dia juga sangat positif dan itu yang buat saya lebih bersemangat.
“Saya percaya kepada rezeki. Orang pun tak tahu pekerjaan lain saya. Tak perlulah saya nak dedahkan semuanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Namie yang menganggotai kumpulan UBI bersama pelawak Fad dan Sharif telah dinobatkan selaku juara MLS3 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 dan trofi.
Malah, Namie juga menyifatkan kemenangan ini sebagai tuah anaknya yang kini baru berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI