
Kami percaya, selama ni korang dah sinonim atau sering kali dengar nama glamor mereka je kan?
Jadi kami kongsikan lagi 16 nama sebenar selebriti Malaysia yang mungkin korang tak pernah tahu. Ada yang memang jauh nama pentas mereka berbanding nama sebenar ya…
Abam Bocey – Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan
Tauke Raja Lawak – Zamatul Amri Zakaria
Elfira Loy – Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
Ziana Zain – Siti Roziana Zain
Erra Fazira – Fazira Wan Chek
Ning Baizura – Ning Baizura Sheikh Hamzah
Tasha Shilla – Natasha Sheila Abdul Razak
Ariff Bahran – Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari
Tomok – Shah Indrawan Ismail
Fauziah Latiff – Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
Ella – Nor Zila Aminuddin
Hael Husaini – Hal Husaini Razmi
Ikmal Amry – Mohd Zulikmal Amry Ghazali
Raysha Rizrose – Farza Naquraisha Mohd Fariz
Mawar Rashid – Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid
Zizi Kirana – Nur Fazelah Mad Tahil
Foto: Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Menyanyi, Berlakon Sehinggalah Jadi Hos GV9, Elly Mazlein Secara Rasmi Jadi Penyampai Era Pula!

Penyanyi, pelakon dan hos, Elly Mazlein bakal berada di konti Era.FM bagi mengendalikan segmen Carta Era 40 bermula Selasa.
Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi Era.FM pada Sabtu.
“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys.
“Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh #sharERA,” kapsyen yang tertera menerusi hantaran berkenaan.
Elly yang juga hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut berkongsi perkara sama di Instagram sambil menitipkan ucapan terima kasih atas kepercayaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas bidang baharu yang bakal digalas Elly minggu hadapan di Era.FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Siapa Saya Mahu Berkongsi…?” – Pengakuan Abam Salurkan Wang Demi Keselesaan Keluarga Bikin Netizen Sebak, #kitabaikramaisayang Tular

Pemergian pelawak popular, Abam Bocey cukup meninggalkan kesan mendalam dalam hati peminat hiburan tanah air tempatan.
Video temubual bersama Ustaz Ebit Lew sekitar 2018 bersama Abam Bocey kembali tular dan dikongsi netizen yang rata-rata terharu dengan pengorbanannya dalam memberi keselesaan kepada keluarga terutama ibu tercinta.
Jelas Abam, walau punya duit beratus ribu di dalam simpanan, namun semuanya dibelanjakan untuk adik-adik dan ibu.
“Walaupun saya dah ada duit yang banyak tetapi ia masih untuk adik-adik.
“Saya banyak duit, saya beritahu betul-betul saya memang banyak duit. Beratus ribu yang saya ada, saya menang pertandingan tetapi dengan siapa saya mahu berkongsi duit itu? Dengan keluargalah.
“Saya sangat bahagia. Adik-adik mahu berkahwin saya yang taja janji majlis mereka meriah. Saya nanti dulu.
“Selepas selesai membuat rumah, berikan kehidupan yang selesa, mak pun duduk di rumah itu, barulah saya berkahwin,” jelasnya sambil tersenyum.
Pelawak yang terkenal dengan tandapagar #kitabaikramaisayang di laman Instagram miliknya ini meninggal dunia sekitar jam 8.00 pagi di kediamannya di Gombak.
Allahyarham dikatakan meninggal dunia selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu.
Abam mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia sembilan bulan.
Foto : Facebook Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Faham Sangat Perasaan Tu,” – Faye Kusairi Cerita Kisah Kehidupan Kini

Pelakon Faye Kusairi atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi ada berkongsi cerita menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 32 tahun itu, ada memberi nasihat kepada netizen agar sentiasa sayangi keluarga.
Di samping itu, Faye turut menjelaskan bahawa sangat memahami netizen yang sering menghadapi masalah kewangan.
“Kita sentiasa nak ada bersama anak anak. Tapi dalam masa ini dan ekonomi kini, seperti saya & ramai lagi ibu bapa diluar sana terpaksa pergi bekerja dalam usaha mencari rezeki demi keluarga.
“Ada yg bekerja lebih waktu sebab nak mencari pendapatan sampingan. .
“Sedih bila kenangkan. Saya faham sangat perasaan tu. Tapi saya lagi sedih bila ada yg bekerja sampai leka tentang penjagaan kesihatan dan badan sendiri.
“Dah beberapa kali saya ke event, berniaga di booth dan saya berkesempatan berjumpa dgn pelbagai jenis orang & masalah kesihatan (baik lelaki mahupun wanita).
“Ada yg saya tegur & tanya pasal masalah mereka tanpa mereka memberi tahu. Jadi, percayalah bila saya kata, saya tahu dan faham.
“Niat saya hanya untuk membantu. Because prevention is better than cure. Jangan pula bila dah sakit nanti, menangis dalam kekesalan.
“Sayangi diri anda demi keluarga. Amalkan @aurakasihhq @fayekusairi_empire,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by 𝗙𝗔𝗬𝗘 𝗞𝗨𝗦𝗔𝗜𝗥𝗜 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 (@fayekusairi) on
Untuk rekod, Faye mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Elly Mazlein, pengarah Azmi Hata pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi.
Foto: Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI